- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pasport
- »
- Surat Akuan Pengenalan
SURAT AKUAN PENGENALAN (SAP)
TUJUAN
Surat Akuan Pengenalan (SAP) adalah satu dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada penduduk tetap yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan mana-mana negara (stateless).‘Stateless Person’ bermaksud seseorang yang tidak mempunyai kerakyatan atau kebangsaan yang diiktiraf oleh undang – undang ke atas mana-mana negara.Surat Akuan Pengenalan hanya boleh dikeluarkan kepada sekiranya syarat-syarat ini dipatuhi:-
1. Surat Pengesahan daripada pejabat Kedutaan Negara asal pemohon yang menyatakan bahawa pemohon tidak pernah dikeluarkan passport dan pemohon juga tidak mempunyai hak tuntutan sebagai warganegara asalnya.
2. Mengemukakan surat sumpah/ perakuan diri yang menyatakan bahawa jika pemohon didapati memiliki kewarganegaraan mana-mana negara Surat Akuan Pengenalan yang telah dikeluarkan akan ditarik balik dan kerajaan Malaysia boleh menarik balik Status Penduduk Tetap pemohon Contoh Surat Akuan Sumpah yang perlu diisi di Lampiran A 🔗.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
-
•
MyPR -
•
Surat Akuan Sumpah (Lampiran A) -
•
Surat Dari Kedutaan -
•
Permit Masuk -
•
Gambar saiz 3.5 sm X 5 sm (2 keping) berlatar belakang putih -
•
Borang IMM.45
BAYARAN:
RM500.00 , lanjutan selama satu (1) tahun RM100.00
TEMPOH SAH LAKU:
Lima (5) tahun dari tarikh dikeluarkan.