Rabu : Ogos 10, 2022 - 1.26 am

Apakah itu MASC ?

Bagi tujuan untuk menyokong pembangunan ekonomi Iskandar Malaysia, MACS adalah dibangunkan untuk memberikan pelepasan imigresen pantas untuk pelabur asing, pemilik perniagaan dan profesional. Skop perkhidmatan MACS diperluas kepada Warganegara dan Penduduk Tetap Singapura yang kerap melancong ke Malaysia dan juga bagi mereka yang memegang pas imigresen dengan jangkamasa lama, dan sering melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura untuk tujuan bekerja, belajar dan tinggal di Malaysia.

Oleh yang demikian, pemegang MACS dapat memanfaatkan proses imigresen yang lebih pantas semasa keluar masuk melalui laluan MACS di:

  • Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.
  • Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor.

Pemegang MACS juga dikecualikan daripada mengisi Kad Ketibaan Imigresen (IMM.26). Rekod Keluar Masuk dari atau ke Malaysia hendaklah disimpan dalam talian dan penggunaan mukasurat pasport untuk setem akan diminimumkan.

Pasangan suami isteri dan tanggungan (cth: anak) bagi pemegang MACS juga layak bagi perkhidmatan ini, dengan syarat, mereka telah memperoleh pas imigresen yang berkaitan.

Tempoh Menetap

Pemegang MACS berhak untuk masuk dan tinggal di Malaysia mengikut jangka waktu seperti yang dinyatakan dalam pas imigresen yang relevan dikeluarkan.

Pelekat MASC

Terdapat 2 jenis pelekat MASC

Kategori A

  • Dikeluarkan untuk Pemegang Pas Imigresen  Jangka Masa Pendek / Pas Lawatan Sosial
  • Dikeluarkan untuk Pelancong Harian Asing untuk Warganegara dan penduduk tetap dari Singapura yang sering melawat Malaysia dengan tujuan lawatan sosial
Cara memohon ?

Permohonan untuk MACS di bawah kategori ini boleh dihantar ke pejabat cawangan MACS di Singapura

Kategori B

  • Dikeluarkan untuk Pas Imigresen Jangka Masa Panjang
  • Dikeluarkan untuk Pelancong bukan Malaysia Harian ( yang terlibat dengan aktiviti pembangunan Iskandar Malaysia ) yang telah menerima Pas Imigresen Jangka Masa Panjang ( cth: Pas Pekerja, Pas Lawatan Profesional, Pas Pelajar, Pas Lawatan Pekerjaan Sementara) untuk bekerja atau menyediakan perkhidmatan berkaitan yang akan memberi manfaat dan sumbangan kepada pembangunan Iskandar Malaysia
  • Pelekat ini juga dikeluarkan kepada rakyat dan penduduk tetap Singapura yang telah menerima Pas Jangka Masa Panjnag Imigresen ( contoh : Pas Pekerja, Pas Lawatan Kerja Sementara, Pas Pelajar dan Pas Lawatan Profesional) bagi membolehkan mereka melawat Malaysia dengan kerap untuk tujuan kerja, belajar dan menetap di sini. 
Cara memohon ?

Permohonan untuk MACS di bawah kategori ini boleh dihantar ke pejabat cawangan MACS di Singapura

Skip to content