Ahad : Oktober 01, 2023 - 2.57 pm

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Pasport
  6. »
  7. Pasport Malaysia Antarabangsa

PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

PENGENALAN

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

KELAYAKAN

Warganegara Malaysia

TEMPAT MEMOHON

Semua Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara.

TEMPOH SAH LAKU

Tempoh sah laku pasport adalah LIMA(5) tahun dari Tarikh dikeluarkan.

BAYARAN PASPORT
A PEMOHON BIASA ( 13 TAHUN - 59 TAHUN ) RM200.00
B WARGA EMAS ( 60 TAHUN KE ATAS ) RM100.00
C KANAK-KANAK ( 12 TAHUN KE BAWAH ) RM100.00
D PELAJAR MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA ( 21 TAHUN KE BAWAH ) RM100.00
E JEMAAH HAJI ( SURAT PENGESAHAN DARI TABUNG HAJI ATAU AGENSI YANG DILANTIK ) RM100.00
F ORANG KELAINAN UPAYA PERCUMA
BENTUK BAYARAN
  1. Tunai
  2. Kad Kredit
  3. Wang Pos atau Bank Draf yang dipalang
PERMOHONAN PASPORT KALI PERTAMA

Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

  1. Pemohon perlu hadir sendiri ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di Luar Negara.
  2. Permohonan di kaunter bagi Pejabat Imigresen di Malaysia atau di Pejabat Atase di Singapura, New York, London, Hong Kong, Melbourne dan Jakarta TIDAK PERLU membawa gambar kecuali permohonan yang dikemukakan melalui Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

Kanak-kanak di bawah umur 4 tahun digalakkan membawa bersama gambar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Rujuk jadual berikut bagi permohonan pertama kali
A. Pemohon 18 tahun ke atas
JENIS PERMOHONAN SYARAT-SYARAT
Lahir di Malaysia MyKad Pemohon Sekiranya Tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09) dan sijil lahir pemohon diperlukan)
Lahir di Luar Negara Mykad Pemohon Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW) Dokumen perjalanan / pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia MyKad pemohon dan sijil lahir Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK09dan 11) dan sijil lahir pemohon diperlukan Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan Anggota Tentera Kad Pengenalan Tentera / MyTentera
Pegawai dan Anggota Polis Kad Pengenalan Polis Sijil Lahir
B. Pemohon Bawah 18 tahun
JENIS PERMOHONAN SYARAT-SYARAT
Lahir di Malaysia MyKad / MyKid Pemohon Sijil lahir pemohon MyKad Ibu / Bapa (Ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir di Luar Negara Mykad / MyKid Pemohon Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW) Dokumen perjalanan / pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. MyKad Ibu / Bapa (Ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia MyKad / MyKid pemohon dan sijil lahir Borang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW) Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK09dan 11) dan sijil lahir pemohon diperlukan MyKad Ibu / Bapa (Ibu atau bapa perlu hadir sama) Catatan 1 : Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Catatan 2 : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
C. Pemohon Bawah 18 tahun
Jenis Pemohonan Syarat-Syarat
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia MyKad /MyKid pemohon. Sijil lahir pemohon. Sijil kematian ibu/bapa. Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah. Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara). Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa bercerai MyKad /MyKid pemohon. Sijil lahir pemohon. Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
Jika pemohon adalah anak angkat MyKad /MyKid pemohon. Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).
Jika pemohon telah berkahwin MyKad pemohon Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)
SPESIFIKASI GAMBAR PASPORT MALAYSIA
  • Gambar akan diambil di bahagian pasport menggunakan alat Facial Live Capture
  • Pemohon perlu memakai pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Memandang tepat kearah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
  • Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
  • Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
  • Pemohon yang memakai tudung harus memakai tudung berwarna gelap
PERMOHONAN GANTIAN PASPORT MELALUI KAUNTER

Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada pemohon gantian pasport

  1. Baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam pasport lama akan dimasukkan kedalam pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
    • Bukan kes hilang atau rosak : dan
    • Bukan kes dalam siasatan
  2. Dokumen yang diperlukan sama seperti permohonan kali pertama
  3. Pemohon perlu membawa pasport Malaysia terakhir yang digunakan
KES HILANG / ROSAK PASPORT MALAYSIA

Permohonan gantian pasport yang hilang / rosak boleh dikemukakan di mana-mana pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • Laporan polis (Kes hilang)
  • MyKad / MyKid pemohon
  • Sijil lahir dan MyKad ibu / bapa (Pemohon bawah 18 tahun)
  • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad pengenalan sementara  (JPN.KPPK09 dan 11) pemohon diperlukan
  • Borang soal selidik (IM42c)
  • Salinan PMA terdahulu
  • Sijil nikah atau surat cerai (Pemohon bawah 18 tahun jika telah bercerai)
  • Surat pengesahan majikan yang bertugas diluar negara (jika berkaitan)
  • Sijil perakuan cemas dan laporan dari pintu masuk (jika berkaitan)
  • Sijil dari Bomba bagi kes kebakaran
  • Surat dari Majlis Berkuasa Tempatan bagi kes bencana alam

Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang / rosak bergantung kepada keputusan KETUA PENGARAH IMIGRESEN dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari Tarikh permohonan diterima.

Kehilangan pasport diluar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian.

DENDA BAGI KES KEHILANGAN DAN KEROSAKAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA) YANG MASIH SAH LAKU
BIL KATEGORI PASPORT HARGA PMA HARGA GANTIAN PMA BAGI KEHILANGAN/ KEROSAKAN KALI PERTAMA (+ DENDA RM200.00) HARGA GANTIAN PMA BAGI KEHILANGAN/ KEROSAKAN KALI KEDUA (+ DENDA RM500.00) HARGA GANTIAN PMA BAGI KEHILANGAN/ KEROSAKAN KALI KETIGA DAN SETERUSNYA (+ DENDA RM1000.00)
1 PEMOHON YANG BERUMUR 13 TAHUN – 59 TAHUN RM200.00 RM400.00 RM700.00 RM1,200.00
2 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH RM100.00 RM300.00 RM600.00 RM1,,100.00
3 PELAJAR BERUMUR 21 TAHUN DAN KEBAWAH DAN MENYAMBUNG PENGAJIAN DIPERINGKAT IJAZAH DILUAR NEGARA RM100.00 RM300.00 RM600.00 RM1,100.00
4 PEMOHON 60 TAHUN DAN KEATAS RM100.00 RM100.00 (TANPA DENDA) RM100.00 (TANPA DENDA) RM100.00 (TANPA DENDA)
5 ORANG KELAINAN UPAYA YANG BERDAFTAR DIBAWAH SEKSYEN 24 AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 (AKTA 685) DAN MEMPUNYAI KAD OKU DIBAWAH SEKSYEN 25 AKTA 685 PERCUMA PERCUMA PERCUMA PERCUMA
MAKLUMAT AM
  1. Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (A/P) bagi kaum India dan bukan islam dimukasurat utama pasport Malaysia telah dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat ‘ PEMERHATIAN / OBSERVATION’.
  2. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, MyKad ibu atau bapa diperlukan.
  3. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas TIGA (3) bulan dari Tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan. Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa serta bayaran.
  4. Tiada lagi kemudahan memasukkan butr-butir kanak-kanak dalam pasport ibu atau bapa. Kanak-kanak termasuk bayi yang baru dilahirkan perlu memohon secara berasingan dan ibubapa boleh memohon untuk menukar gambar setelah bayi berusia 3 tahun keatas disertai dengan DUA(2) keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang putih tanpa bayang, sijil lahir dan hadir bersama-sama anak berkenaan di Pejabat Imigresen.
  5. Berdasarkan akta Penjagaan Kanak-kanak (Guardianship Act 1961- Pind 1999). Ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan anak bawah 18 tahun.
  6. Pasport yang dilaporkan hilang dan dijumpai semula tidak boleh digunakan dan maklumat akan disalurkan kepada pihak INTERPOL.
Skip to content