Rabu : Ogos 10, 2022 - 1.12 am

  1. Utama
  2. »
  3. Profil JIM
  4. »
  5. Pengenalan Jabatan

PENGENALAN

Jabatan Imigresen Malaysia merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia menyediakan perkhidmatan kepada Warganegara Malaysia, Penduduk Tetap dan Warga Asing yang berkunjung ke Malaysia.

Berikut adalah fungsi Jabatan :

  • Mengeluarkan Pasport dan Dokumen Perjalanan kepada warganegara dan penduduk tetap
  • Mengeluarkan Visa, Pas dan Permit kepada warganegara asing yang memasuki Malaysia
  • Mengawal selia pergerakan keluar masuk orang di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  • Menguatkuasakan Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Akta Pasport 1966, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (pindaan 2010).
Visi Jabatan
"Pengurusan Perkhidmatan Imigresen Bertaraf Dunia Menjelang 2022"
Misi Jabatan
Meningkatkan Kualiti Sistem Penyampaian Perkhidmatan dan Komited Dalam Menguatkuasakan Undang-Undang Imigresen Demi Memelihara Keselamatan Negara dan Kesejahteraan Rakyat
Objektif Jabatan
Menguruskan Hal-Hal Keimigresenan Selaras Dengan Kepentingan Negara
Slogan Jabatan
Integriti Profesional Mesra
Moto Jabatan
Kedaulatan Dan Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama
Tema Jabatan
Kedaulatan Dan Keselamatan Tanpa Kompromi
Previous
Next

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM JIM

Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Kewangan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Teknologi Maklumat & Rekod
Bahagian Khidmat Ekspatriat
Bahagian Visa, Pas & Permit
Bahagian Integriti
Bahagian Keselamatan & Pasport
Bahagian Pekerja Asing
Bahagian Dasar & Perancangan Strategik
Bahagian Penasihat Undang-Undang
Bahagian Pengurusan Depoh & Tahanan
Bahagian Perisikan, Operasi Khas & Analisa
Bahagian Operasi, Siasatan & Pendakwaan
Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA
Akademi Imigresen Malaysia
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Skip to content