Isnin : Jun 05, 2023 - 7.14 pm

  1. Utama
  2. »
  3. Penguatkuasaan
  4. »
  5. Hilang Pasport/Dokumen Perjalanan

PENGUATKUASAAN

Hilang Pasport/Dokumen Perjalanan

  1. Tindakan yang perlu anda lakukan ialah:
    • Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
    • Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
    • Sila bawa bersama perkara-perkara seperti di senarai semak.
    • Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh PegawaiImigresen.
  2. Senarai Semak Keperluan Bagi Kes Kehilangan Pasport di Malaysia
    Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
    • Nombor/Salinan pasport/dokumen perjalanan;
    • Pasport/Dokumen Perjalanan Baru;
    • Laporan polis (kes kehilangan pasport);
    • Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari).
  3. Keperluan tambahan:
    • Apa-apa bukti kemasukan (pas mendarat/tiket);
    • Apa-apa bukti kemasukan(senarai penumpang);
    • Sijil Perakuan daripada pihak Kedutaan;
    • Salinan pas/dokumen terdahulu (jika ada);
    • MEMO Rujukan daripada BPA/BPP/VPP/MIDA (jika berkaitan).
  4.  Bayaran: Pas Khas: RM100.00

Nota:
BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia

Skip to content