- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Kad Perniagaan Perjalanan APEC
- »
- Pengenalan
KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC
Pengenalan
APEC merupakan organisasi yang ditubuhkan pada tahun 1989 untuk mewujudkan kerjasama ekonomi yang lebih luas di dalam kawasan Asia Pasifik.Organisasi ini mula berkuatkuasa pada 1 Mac 1999.
Kad Perjalanan Perniagaan APEC merupakan satu inisiatif Pertubuhan Ekonomi Asia Pasifik (AsiaPacific Economic Cooperation) APEC dalam usaha untuk membantu ahli-ahli perniagaan yang sering berurusan dengan negara-negara APEC.
Terdapat 21 buah negara yang terlibat di dalam organisasi: | ||
---|---|---|
Australia | Amerika Syarikat | Brunei |
Kanada | Chile | China |
Hong Kong (China) | Indonesia | Jepun |
Korea | Malaysia | Mexico |
New Zealand | Papua New Guinea | Peru |
Rusia | Filipina | Singapura |
Taiwan | Thailand | Vietnam |
Hanya 19 negara termasuk Malaysia yang menyediakan kemudahan-kemudahan seperti berikut:
- Kad APEC menggantikan VISA (negara yang memerlukan VISA dan ada penyertaannya dalam APEC tidak memerlukan VISA)
- Menyediakan Lorong APEC atau Laluan Khas (Premier Lane) di pintu-pintu masuk utama melalui udara atau darat negara masing-masing bagi menikmati proses pergerakan yang lebih cepat dan lancar.
Pada masa ini, Kanada dan Amerika Syarikat masih belum menyertai skim ini sepenuhnya. Walaubagaimanapun, kedua-dua negara ini menyediakan kemudahan PREMIER LANE bagi maksud kemudahan pergerakan yang lebih cepat dan lancar.
Berikut negara yang menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:
- AUS-Australia
- BRN-Brunei
- CHL-Chile
- CHN-China
- HKG-Hong Kong
- IDN-Indonesia
- JPN-Japan
- KOR-Korea
- MYS-Malaysia
- MEX-Mexico
- NZL-New Zealand
- PNG-Papua New Guinea
- PER-Peru
- RUS-Rusia
- PHL-Filipina
- SGP-Singapura
- TWN-Taiwan
- THA-Thailand
- VNM-Vietnam
Keistimewaan Kad Perjalanan Perniagaan APEC
Kad ini membantu menjimatkan masa dan kos ahli-ahli perniagaan didalam memenuhi keperluan visa dan syarat-syarat masuk di samping menikmati Laluan Khas kenegara-negara APEC.
Maklumat dan butiran pemegang dikongsi bersama dengan semua negara peserta untuk mendapatkan status pre-clearance atau kelulusan VISA sebelum kad dikeluarkan.
Sah laku kad APEC adalah lima (5) tahun tertakluk kepada tempoh sah laku pasport.
Pemegang kad ini diberi kemudahan laluan APEC atau Laluan Khas di pintu-pintu masuk utama negara-negara terbabit.
Di Malaysia, pintu-pintu masuk utama yang menyediakan premier lane atau laluan APEC adalah seperti berikut:
“PREMIERE LANE” atau Laluan Utama APEC boleh di dapati seperti berikut:
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA )
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ( KLIA 2 )
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
- Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bharu
- Bangunan Sultan Abu Bakar ( Second Link ), Gelang Patah, Johor
Kad ini secara tidak lansung tidak mempromosikan jalinan perniagaan di antara negara-negara APEC.
Oleh yang demikian, bagi pemohon yang menggunakan kemudahan Kad Perjalanan Perniagaan APEC, pemohon mestilah terlibat secara langsung dalam urusan perniagaan yang mana memerlukan pemohon sering melakukan perjalanan ke negara-negara APEC.
Keputusan pre-clearance oleh negara-negara peserta akan disalurkan melalui Sistem ABTC kepada Jabatan Imigresen Malaysia.