- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pas
- »
- Pas Pelajar
PAS PELAJAR
Prosedur Permohonan Pas Pelajar.
Setiap warganegara asing yang ingin belajar di Malaysia perlu memohon Pas Pelajar
- Warganegara asing dibenarkan belajar di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang diluluskan kursus-kursus dan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan memperolehi kebenaran pengambilan pelajar antarabangsa oleh Kementerian Dalam Negeri.
- Permohonan baru Pas Pelajar bagi IPTS mestilah dibuat melalui Sistem e-Student Pelajar dan permohonan boleh dibuat melalui IPTS yang berdaftar.
- Permohonan pertukaran IPTS mesti dikemukakan melalui Sistem e-Student beserta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
- Bagi warganegara asing yang mendapat tawaran belajar di Institut Pengajian Tinggi Awam perlu memohon melalui Institusi Pengajian Tinggi Awam itu sendiri.
- Bagi permohonan lanjutan pas, permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri.
Bayaran
- Pas Pelajar – RM60.00 setahun atau sebahagian daripadanya
- Visa – kadar dikenakan mengikut negara tetapi tidak melebihi RM50.00 bagi setiap visa yang dikeluarkan
Cara Mohon Pas Pelajar:
1. Pemohon yang berada di luar negara
- Permohonan pas pelajar dikemukakan oleh IPT /IPTS / IPS dan pelajar dibenarkan masuk setelah mendapat kelulusan.
- Bagi Negara yang memerlukan visa, pelajar perlu mengambil visa di Kedutaan Malaysia, di Suruhanjaya Tinggi atau Konsulat Malaysia luar Negara sebelum masuk ke Malaysia dengan mengemukakan surat tawaran.
- Setelah masuk ke Malaysia, IPT / IPTS / / IPS perlu mengemukakan pasport asal pelajar ke Pejabat Imigresen Negeri yang berkaitan untuk dikeluarkan Pas Pelajar.
2. Pemohon yang berada di Malaysia
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan pas pelajar di IPTA/IPTS.
- Setelah mendapat kelulusan, pemohon dikeluarkan JP Visa tanpa bayaran. Bayaran dikenakan untuk pas pelajar dan visa masuk semula (Multiple Entry Visa).
- Surat sokongan dari agensi kawalselia yang berkaitan (KPT / KPM /JPK / PPD).
- Surat tawaran daripada IPT / IPS kepada pemohon.
- Surat permohonan pas pelajar daripada IPT / IPS kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
- Dua (2) set borang Imm.14
- Dua (2) salinan pasport/ dokumen perjalanan pemohon
- Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm
- Borang ‘Personal Bond’ yang telah dimatikan setem
- Bagi permohonan pertukaran IPT, surat pelepasan daripada IPT lama diperlukan dengan dilampirkan laporan kehadiran dan prestasi akademik serta surat sokongan daripada Kementerian Pengajian Tinggi
- Ibubapa kepada pemegang pas pelajar boleh mengiringi anak mereka sepanjang tempoh pengajian dengan diberi pas lawatan sosial selama 12 bulan atau mengikut tempoh sah laku pas pelajar anak mengikut mana yang lebih singkat. Kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM90.00.
- Pelajar dibenarkan membawa keluarga termasuk isteri, suami, anak ibu dan bapa pelajar (dinasihatkan untuk mempunyai pasport berasingan bagi setiap individu semasa membuat permohonan tanggungan kepada pelajar)
- Pemohon juga diberi kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) bagi memudahkan mereka berulang-alik ke negara mereka sepanjang mengikuti pengajian di negara ini
- Pemohon juga dibenarkan untuk bekerja secara sambilan di dalam sektor-sektor yang diluluskan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Tempat-tempat yang dibenarkan bekerja adalah seperti berikut:
- Restoran-restoran
- Stesen minyak
- Pasar mini
- Hotel-hotel
- Permohonan dikemukakan oleh wakil IPTA/IPTS dengan kehadiran pelajar berkenaan ke Ibupejabat Imigresen bagi IPTS manakala Pejabat Imigresen Negeri bagi IPTA