- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pasport
- »
- Pas Sempadan Malaysia –...
PAS SEMPADAN MALAYSIA-THAILAND
(BORDER PASS)
TUJUAN
Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja. Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan mengiringi ibu atau bapanya (maksima 8 orang). Kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas tetapi di bawah 18 tahun (sekiranya belum berkahwin) perlu mendapat surat izin ibu/bapa/penjaga yang sah
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- • Kad Pengenalan
- • Borang Permohonan
- • Bil utiliti (jika perlu)
- • Satu (1) keping gambar saiz 3.5 sm X 5 sm berlatar belakang putih, rambut tidak menutupi dahi dan tudung berwarna gelap
- • Pas sempadan lama (jika ada)
- • Sijil Lahir (bawah 18 tahun)
- • Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa (bawah 18 tahun yang belum berkahwin)
- • Suami isteri hendaklah memohon secara berasingan
BAYARAN:
RM10.00
TEMPOH SAH LAKU:
Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan.