Rabu : Ogos 10, 2022 - 12.27 am

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Visa
  6. »
  7. eVisa
  8. »
  9. eNTRI BAGI WARGA INDIA

eNTRI BAGI WARGA INDIA

Apakah eNTRI?

Electronic Travel Registration &Information (eNTRI) merupakan kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warganegara India di bawah Program Pengecualian Visa. Nota eNTRI akan dikeluarkan sebagai bukti pendaftaran dan perlu dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia.

Siapakah yang boleh memohon eNTRI?

Semua warga India di India dan ekspatriat yang tinggal di seluruh dunia tidak termasuk Singapura.

Berapa lamakah saya boleh berada di Malaysia dengan eNTRI?

Pemegang eNTRI boleh berada di Malaysia maksimum15 hari untuk setiap lawatan. Setiap permohonan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tempoh berada di Malaysia tidak boleh dilanjutkan.

Bagaimana saya hendak bermula?

  • Untuk pemohon kali pertama, anda dikehendaki mengklik butang “I’m New”  untuk memulakan proses permohonan anda.
  • Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk mengklik butang “Returning User” untuk kembali ke akaun anda.

Apakah terma dan syarat untuk eNTRI?

  • Setelah selesai pendaftaran, pemohon dikehendaki mencetak Nota eNTRI,dan ia mestilah dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia. Kemudahan eNTRI boleh dimohon bermula dari 1 April 2017 hingga 31 Mac 2018 bagi semua warga India kecuali yang berada di Singapura.
  • Kemudahan ini terhad kepada pelancong yang menaiki penerbangan terus dari India ke Malaysia atau memasuki Malaysia melalui Singapura, Thailand atau Brunei; dan mempunyai tiket penerbangan balik terus ke India, atau balik dengan penerbangan melalui Singapura, Thailand atau Brunei sahaja. Pergerakan keluar masuk pelancong India yang diberikan pengecualian visa adalah melalui pintu masuk berikut sahaja iaitu:

Melalui udara

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa  Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak
  • Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah
  • Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

Melalui darat

  • Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor
  • Bangunan Sultan Iskandar, Johor
  • Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis
  • Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Sarawak
  • Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak
  • Ekspatriat warganegara India hendaklah mempunyai tiket penerbangan perjalanan ke Malaysia dan balik ke India; atau ke mana-mana negara jika ekspatriat itu melakukan perjalanan melalui udara. Pergerakan keluar masuk ekspatriat warganegara India yang diberikan pengecualian visa adalah melalui pintu masuk berikut sahaja iaitu:

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

  • Cetakan eNTRI
  • Pas Boarding
  • Dana yang mencukupi (Cash/Debit atau Kad Kredit)
  •  Tiket penerbangan balik yang telah disahkan.
  • Bukti penginapan.
Skip to content