- Utama
- »
- Penguatkuasaan
Penguatkuasaan
FUNGSI
- Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Akta Pasport 1966 (Akta 150) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
- Melaksanakan Operasi dan Tangkapan, Menjalankan Siasatan, melaksanakan Pendakwaan, Mengutip Kompaun dan Pengusiran/Penghantaran Pulang Tahanan.
BILAKAH ANDA PERLU BERURUSAN DENGAN BAHAGIAN PENGUATKUASA?
Anda boleh berurusan dengan Bahagian Penguatkuasa Imigresen Malaysia sekiranya:
ANDA SEORANG WARGANEGARA ASING:
Tinggal di Malaysia Melebihi Tempoh yang dibenarkan
Tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia adalah satu kesalahan dibawah seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 15(1)(c) akta yang sama.
1. Senarai Semak Keperluan
Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
a. Pasport/dokumen perjalanan (semua mukasurat);
b. Laporan polis (bagi kes kehilangan pasport);
c. Apa-apa bukti sebab tinggal lebih masa;
d. Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari)
2. Keperluan tambahan bagi Majikan:
a. Majikan perlu hadir bersama dengan pekerja;
b. Surat iringan (Syarikat sahaja);
c. Lesen perniagaan/pendaftaran syarikat;
d. Pengenalan (mykad/Kad Kuning/Kad Pekerja);
e. MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan)
Nota:
BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
3. Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
Tinggal di Malaysia setelah pas/permit tamat atau dibatalkan.
4. HUKUMAN
Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Tindakan kompaun adalah alternatif hukuman bagi kesalahan di atas.
Tidak Mempunyai Pas atau Permit yang Sah Untuk Tinggal di Malaysia
Tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah adalah satu kesalahan dibawah seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu pelanggaran seksyen 6(1)(c) akta yang sama.
Tindakan yang perlu anda lakukan ialah:
- Menyerah diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
- Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
- Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen. Tinggal di Malaysia merupakan kesalahan jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman berikut:
HUKUMAN
Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).
Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.
Panduan Bagi Warga Asing yang Kehilangan Pasport/Dokumen Perjalanan di Malaysia
Tindakan yang perlu anda lakukan ialah:
- Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
- Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
- Sila bawa bersama perkara-perkara seperti di senarai semak.
- Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen.
Senarai Semak Keperluan Bagi Kes Kehilangan Pasport di Malaysia
Sila bawa bersama dokumen asal dan salinan perkara-perkara berikut:
- Nombor/Salinan pasport/dokumen perjalanan;
- Pasport/Dokumen Perjalanan Baru;
- Laporan polis (kes kehilangan pasport);
- Tiket pesawat/bas/feri (bawah 7 hari).
Keperluan tambahan:
- Apa-apa bukti kemasukan (pas mendarat/tiket);
- Apa-apa bukti kemasukan(senarai penumpang);
- Sijil Perakuan daripada pihak Kedutaan;
- Salinan pas/dokumen terdahulu (jika ada);
- MEMO Rujukan daripada BPA/BPP/VPP/MIDA (jika berkaitan).
Bayaran:
Pas Khas: RM100.00
Nota:
BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Seksyen 9 Akta Imigresen 1959/63 ( Akta 155)
Kesalahan
Masuk dan tinggal di Malaysia setelah Pas atau Permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Hukuman
Denda tidak lebih RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Mengguna atau tanpa kuasa yang sah mempunyai dalam pemilikan apa-apa Permit Masuk, Pas, Dokumen Perjalanan Dalam Negeri atau Perakuan yang palsu, yang dipinda secara menyalahi undang-undang atau luar biasa atau lain-lain dokumen yang dikeluarkan sedemikian di mana apa-apa pengendorsan telah dipalsukan atau dipinda secara menyalahi undang-undang adalah melanggar seksyen 56(1)(l) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan seksyen 12(1)(a) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
HUKUMAN
Seksyen 56(1)(aa) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
Denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun.
Seksyen 12(1) Akta Pasport 1966 (Akta 150)
Denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Melanggar Syarat Pas atau Permit
Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963
Kesalahan
Melanggar syarat pas,permit atau pas sempadan.
Hukuman
Denda tidak lebih RM1,000.00 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Imigran – Imigran Larangan
1. Mana-mana orang yang, pada pendapat Ketua Pengarah
(a) Menjadi anggota mana-mana golongan yang dilarang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen (3) dan bukan warganegara ialah seorang imigran larangan.
2. Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 55-
(a) Tiada imigran larangan yang menjadi anggota golongan yang dilarang yang ditakrifkan di bawah subseksyen (3)(o) boleh memasuki Malaysia, atau, jika menjadi seorang ahli kelas larangan tertentu selepas memasuki Malaysia, tinggal di Malaysia; dan
(b) Tiada lain-lain imigran larangan boleh memasuki Malaysia, melainkan ia memiliki suatu pas yang sah bagi maksud tersebut yang dikeluarkan kepada imigran larangan di bawah mana-mana peraturan yang diperbuat di bawah Akta ini.
3. Orang-orang yang berikut ini adalah anggota-anggota golongan yang dilarang;
(a) Mana-mana orang yang tidak dapat menunjukkan bahawa ia mempunyai punca pendapatan untuk menyara dirinya dan tanggungannya (jika ada) atau bahawa ia mempunyai kerja tertentu yang menantinya, atau yang mungkin menjadi seorang yang papa atau menjadi beban orang awam.
(b) Mana-mana orang yang mengalami sakit otak atau mempunyai kecacatan mental, atau mengalami penyakit menjangkit atau menular yang menjadikan kehadirannya di Malaysia merbahaya kepada mesyarakat;
(c) Mana-mana orang yang enggan membuat pemeriksaan perubatan selepas dikehendaki berbuat demikian di bawah seksyen 39A(1)
(d) Mana-mana orang yang
(i) Telah disabitkan di mana-mana negara atau negeri bagi mana-mana kesalahan dan dihukum penjara bagi sebarang tempoh, dan tidak menerima pengampunan; dan
(ii) Dengan sebab keadaan-keadaan yang berhubung dengan sabitan dianggap oleh Ketua Pengarah sebagai seorang imigran pendatang yang tidak diingini;
(e) Mana-mana pelacur, atau mana-mana orang, yang hidup atas atau menerima, atau yang, sebelum memasuki Malaysia, hidup atas atau menerima, hasil pelacuran;
(f) Mana-mana orang yang memperolehi atau cuba untuk membawa ke Malaysia pelacur atau wanita atau gadis bagi tujuan pelacuran atau lain-lain tujuan yang tak moral;
(g) Kuturayau atau peminta sedekah tetap;
(h) mana-mana orang yang kemasukannya ke Malaysia adalah, atau pada masa kemasukkannya, menyalahi undang-undang di bawah Akta ini atau lain-lain undang-undang bertulis pada masa itu berkuatkuasa;
(i) mana-mana orang yang mempercayai atau menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan secara paksa atau kekerasan mana-mana Kerajaan di Malaysia atau mana-mana kerajaan yang ditubuhkan atau undang-undang perlembagaan atau kuasa atau yang tidak mempercayai atau menentang kerajaan yang ditubuhkan atau yang menjalankan pembunuhan pegawai-pegawai awam, atau yang menganjurkan atau mengajar tentang kerosakan harta benda secara menyalahi undang-undang;
(j) mana-mana orang yang menjadi anggota atau bergabung dengan mana-mana pertubuhan yang berkaitan dengan atau memberi ajaran tentang ketidakpercayaan dalam atau menentang kerajaan yang wujud atau menjalankan atau mengajar tentang kewajipan, keperluan atau kewajaran serangan yang menyalahi undang-undang atau membunuh mana-mana pegawai atau pegawai-pegawai, sama ada secara individu tertentu atau pegawai pada amnya, mana-mana Kerajaan di Malaysia atau mana-mana Kerajaan yang ditubuhkan, disebabkan oleh sifat rasminya atau mereka menganjurkan atau mengajar tentang kerosakan harta benda secara menyalahi undang-undang;
(k) mana-mana orang yang, berikutan dengan maklumat yang diterima dari mana-mana sumber yang disifatkan oleh Menteri sebagai boleh dipercayai, atau dari mana-mana kerajaan, melalui saluran rasmi atau diplomatik, disifatkan oleh Menteri sebagai imigran yang tidak diingini;
(l) mana-mana orang yang telah dipindahkan daripada mana-mana negara atau negeri oleh kerajaan negara atau negeri itu sebagai pemulangan bagi apa-apa sebab pun dan yang, dengan sebab keadaan-keadaan yang berhubung dengannya, adalah disifatkan oleh Ketua Pengarah sebagai imigran yang tidak diingini;
(m) mana-mana orang yang, sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa supaya memiliki dokumen perjalanan yang sah, tidak memiliki dokumen-dokumen itu atau memiliki dokumen perjalanan yang atau diubah palsu atau dokumen perjalanan yang tidak mematuhi dengan sepenuhnya undang-undang tersebut;
(n) keluarga dan orang-orang tanggungan seorang imigran larangan; dan (
o) mana-mana orang, atau mana-mana ahli atau kelas orang-orang, terhadapnya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 9(1)
(i), atau Pas atau Permitnya telah dibatalkan di bawah seksyen 9(1)
(ii) atau 9(1)
(iii) masing-masing, atau kepadanya pembatalan tersebut terpakai di bawah seksyen 9(6).
4. Beban membuktikan bahawa mana-mana orang yang ingin memasuki Malaysia bukanlah imigran larangan adalah terletak ke atas orang itu.
5. Tertakluk kepada mana-mana pengecualian yang diberikan di bawah seksyen 55, jika mana-mana imigran larangan memasuki Malaysia selain daripada mengikut Pas yang sah yang dikeluarkan dengan sah kepadanya, maka ia adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
6. Kecuali jika seseorang ialah seorang imigran larangan di bawah subseksyen 3(o), mana-mana orang yang memiliki suatu Permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini yang, setelah tiba di Malaysia, tidak dibenarkan masuk ke Malaysia atas alasan bahawa ia adalah imigran larangan, boleh merayu terhadap penolakan itu dalam tempoh tertentu dan dalam cara sebagaimana yang ditetapkan, kepada Menteri yang mana keputusannya adalah muktamad:
Dengan syarat bahawa, walau apa pun peruntukan seksyen-seksyen 24 dan 26, mana-mana orang yang membuat rayuan terhadap penolakan tersebut hendaklah ditahan di suatu depot imigresen sementara menanti keputusan rayuannya melainkan dilepaskan melalui suatu Pas yang dikeluarkan atas budi bicara Ketua Pengarah dengan syarat ia memberi suatu jaminan atau selainnya sebagaimana Ketua Pengarah fikir mustahak.
Panduan Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran
Maksud Pemerdagangan Orang
Pemerdagangan orang bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.
Eksploitasi adalah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. (Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007).
Maksud Penyeludupan Migran
Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)
AGENSI PENGUATKUASAAN
Polis DiRaja Malaysia
+603 – 2115 9999
Jabatan Imigresen Malaysia
+603 – 8880 1298
+603 – 8880 1555 / 1556
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
+603 – 8882 2101
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
+603 – 8943 4001
Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis
Seksyen 55B.
Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.
Hukuman:
- Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
- Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
Seksyen 56(1)(d)
Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan. Seksyen 55E
Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Anak Warganegara Asing yang Lahir di Malaysia dan Gagal Menunjukkan Pas Atau Permit Yang Sah Untuk Tinggal di Malaysia
Semua warganegara asing termasuk anak yang berada di Malaysia perlu memiliki suatu pas atau permit yang sah yang dikeluarkan kepadanya secara sah. Kegagalan dalam perkara ini menyebabkan pelanggaran seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) menjadikan seseorang itu tergolong dalam imigran larangan di bawah subseksyen 8(3)(h) Akta yang sama dan menghadapi risiko untuk dikenakan tindakan undang-undang serta diusir keluar dari Malaysia.
Tindakan yang perlu lakukan jika anak anda tergolong dalam kategori ini:
- Melaporkan diri dengan segera ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia;
- Jangan gunakan khidmat orang tengah atau agen;
- Sila bawa bersama perkara-perkara berikut (dokumen asal dan salinan):
- Sijil lahir(JPN);
- Pasport/Dokumen Perjalanan Baru anak;
- Laporan Polis (bagi kes kehilangan pasport);
- Tiket pesawat/bas/feri untuk keluar dari Malaysia (bawah 7 hari).
- Berikan kerjasama semasa siasatan dan rakaman kenyataan diambil oleh Pegawai Imigresen.
Keperluan tambahan bagi Ibu Bapa:
- Ibu atau bapa hadir bersama anak;
- Pasport/Dokumen Perjalanan ibu atau bapa;
- Sijil Perkahwinan ibu bapa;
- Sijil perakuan kewarganegaraan daripada kedutaan;
- MEMO rujukan daripada BPA/VPP/BPP/MIDA (Jika berkaitan).
Bayaran:
Pas Khas: RM100.00
Nota:
BPA-Bahagian Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Malaysia
BPP-Pas Pengajian, Jabatan Imigresen Malaysia
VPP-Bahagian Visa, Pas dan Permit, Jabatan Imigresen Malaysia
MIDA-Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
Tinggal di Malaysia tanpa pas/permit yang sah.
HUKUMAN
Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan.
Tindakan kompaun atau usir adalah alternatif hukuman bagi kesalahan di atas.
ANDA ADA MAKLUMAT MENGENAI:
Kesalahan Melindungi atau Menggaji PATI atau membenarkan PATI dalam Premis
Seksyen 55B.
Mengambil pekerja satu atau lebih orang selain daripada warganegara atau pemegang Permit Masuk yang tidak memiliki suatu Pas yang sah.
Hukuman:
- Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.
- Pada masa yang sama mengambil pekerja lebih dari 5 orang dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
Seksyen 56(1)(d)
Dengan sengaja memberi perlindungan kepada mana-mana orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta.
Hukuman: Denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000. Sekiranya lebih daripada 5 orang boleh dikenakan penjara tidak kurang 6 bulan tetapi tidak lebih 5 tahun dan boleh dikenakan tidak lebih 6 sebatan.
Seksyen 55E
Mana-mana orang yang membenarkan mana-mana Pendatang Tanpa Izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis yang ianya mempunyai kepentingan sebagai penyelia atau menguruskan atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana premis tersebut.
Hukuman:
Denda tidak kurang RM5,000 tetapi tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap Pendatang Tanpa Izin. Bagi kesalahan kedua, denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
Panduan Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran
Maksud Pemerdagangan Orang
Pemerdagangan orang bermaksud segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud eksploitasi.
Eksploitasi adalah segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang atau pemindahan organ manusia. (Seksyen 2, Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran 2007).
Maksud Penyeludupan Migran
Penyeludupan migran ertinya mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan melaksanakan perbuatan yang disebut di atas. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007)
AGENSI PENGUATKUASAAN
Polis DiRaja Malaysia
+603 – 2115 9999
Jabatan Imigresen Malaysia
+603 – 8880 1298
+603 – 8880 1555 / 1556
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia
+603 – 8882 2101
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
+603 – 8943 4001
Mana-mana orang yang membuat, memalsukan atau meminda suatu pengendorsan atau suatu dokumen untuk digunakan sebagai suatu visa, Permit, Pas atau Kelayakan dibawah Akta ini (Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) adalah melanggar seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63.
HUKUMAN
– Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
– Denda tidak kurang daripada RM30,000 dan penjara tidak kurang 5 tahun tetapi tidak melebihi 10 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat tidak lebih daripada 6 sebatan.
– Mana-mana orang yang membuat apa-apa dokumen palsu:
- berhasrat untuk menggunakannya sendiri atau oleh mana-mana orang;
- yang digunakan olehnya sendiri atau oleh mana-mana orang lain,
sebagai suatu pasport bagi maksud Akta ini (Akta Pasport 1966 Akta 150) adalah melanggar seksyen 12B Akta Pasport 1966 (Akta 150).
HUKUMAN
– Seksyen 12B Akta Pasport 1966 (Akta 150)
– Denda tidak kurang daripada RM15,000 tetapi tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak lebih 10 tahun dan dengan sebatan tidak lebih daripada 6 sebatan rotan.
Maksud Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Menurut Seksyen 55E(7) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)
“Pendatang Asing Tanpa Izin” bermaksud mana-mana orang, selain daripada warganegara, Yang Menyalahi Seksyen 5,6,8,9 Dan 15 Akta Imigresen, 1959/63 atau Peraturan 39, Peraturan-peraturan Imigresen, 1963.
SEKSYEN | KESALAHAN | HUKUMAN |
---|---|---|
Seksyen 5 (2) | Masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan yang tidak dibenarkan atau jalan yang tidak diwartakan | Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
Seksyen 6(3) | Masuk dan tinggal di Malaysia tanpa Pas atau Permit yang sah. | Denda tidak lebih daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan tidak lebih daripada 6 kali sebatan. |
Seksyen 8 |
Imigran Larangan (Prohibited Immigrants). SILA KLIK UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT |
Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
Seksyen 9 | Masuk dan tinggal di Malaysia setelah Pas atau Permit dibatalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. | Denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
Seksyen 15 | Tinggal di Malaysia setelah Permit dibatalkan atau suatu pas tamat tempoh. | Denda tidak kurang daripada RM10,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. |
Peraturan 39(b) | Melanggar syarat Pas , Permit atau Pas Sempadan. | Denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. |
Panduan Antipemerdagangan Orang Dan Anti Penyeludupan Migran