AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 (AKTA 711)
Apa itu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (AKTA 711)?
Merupakan satu akta untuk menggalakkan pendedahan maklumat mengenai sebarang jenayah rasuah atau salah laku lain. Akta ini akan memberi perlindungan kepada pemberi maklumat daripada sebarang tindakan memudaratkan akibat daripada pendedahan yang telah dibuat.
Syarat-Syarat Perlindungan
- Pemberi maklumat bersedia untuk dikenali oleh Pegawai Penerima Aduan yang telah dilantik di Jabatan Imigresen Malaysia.
- Pemberi maklumat hadir sendiri dan berjumpa dengan Pegawai Penerima Aduan sama ada di pejabat atau di mana-mana tempat yang bersesuaian.
- Sekiranya pendedahan Kelakuan Tidak Wajar dibuat melalui surat, emel, atau panggilan telefon, pemberi maklumat perlu menyatakan identiti dan alamat atau cara bagaimana beliau boleh dihubungi.
Jenis-Jenis Perlindungan
- Perlindungan Identiti (Seksyen 7(1)(a) Akta 711)
- Kekebalan daripada tindakan Sivil dan Jenayah (Seksyen 7(1)(b) Akta 711)
-
Tindakan yang memudaratkan: (Seksyen 7(1)(c) Akta 711)
- Tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau kerosakan.
- Ugutan atau gangguan.
- Gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian.
- Suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan yang disebut dalam perenggan.
Saluran Aduan Pelanggaran Tatakelakuan / Salah Laku
Pegawai Penerima Aduan (Akta 711):
KTPP RABITHAH BINTI ABDUL MAJID
Alamat
Unit Pengurusan Aduan & Rekod, Bahagian Integriti, Jabatan Imigresen Malaysia, Tingkat 4 (Menara), Persiaran Perdana, Presint 2, 62550 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Emel
- aduanintegriti@imi.gov.my
- rabithah@imi.gov.my
Telefon
03-8880 1246
Borang Aduan Dalam Talian
Sila klik butang di bawah atau imbas Kod QR untuk menyalurkan aduan anda.
Buka Borang Aduan