- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pas
- »
- Pas Residen
PAS RESIDEN
Pas Residen di berikan kepada warganegara asing yang termasuk di bawah mana- mana kategori orang yang ditetapkan selaras dengan Peraturan 16A Peraturan – Peraturan Imigresen 1963.
KATEGORI – KATEGORI YANG LAYAK MEMOHON PAS RESIDEN
PEMOHON YANG MEMPUNYAI IKATAN KEKELUARGAAN DENGAN WARGANEGARA MALAYSIA
Salinan Pasport Anak Kandung / Anak tiri / Anak angkat kepada warganegara
- Borang IMM 16A
- Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat / Perintah Mahkamah
- Sijil Kahwin Ibu Bapa / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat
- Salinan Dokumen Pengenalan Diri Ibu Bapa / Ibu Bapa Tiri / Ibu Bapa Angkat
- Salinan Pasport
- Salinan Kad Pengenalan Penaja
- Gambar Berukuran Pasport – 2 Keping
Janda / Balu / Duda kepada warganegara yang mempunyai Anak Kandung kepada warganegara
- Borang IMM 16A
- Sijil Kahwin / Sijil Cerai / Sijil Kematian
- Surat AkuanTidak Berkahwin Lagi
- Salinan Pasport
- Salinan Kad Pengenalan Penaja
- Salinan Sijil Lahir Dan Kad Pengenalan Anak
- Gambar Berukuran Pasport – 2 Keping
Ibu bapa / Ibu bapa Mertua kepada warganegara Malaysia yang telah tinggal di Malaysia dengan suatu Pas yang sah
- Borang IMM 16A
- Sijil Kelahiran Anak Dan Pasangan
- Sijil Kahwin Anak
- Gambar Ukuran Pasport – 2 Keping
- Salinan Kad Pengenalan Penaja
PEMOHON YANG MEMPUNYAI IKATAN KEKELUARGAAN DENGAN PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA
Anak Kandung kepada pemastautin tetap Malaysia
- Borang IMM 16A
- Sijil Lahir Anak
- Sijil IM5 (Permit Masuk) Ibu / Bapa
- Salinan Kad Pengenalan Ibu / Bapa
- Salinan Pasport Ibu / Bapa
- Salinan Pasport
- Sijil Kahwin Ibu Bapa
- Gambar Berukuran Pasport – 2 Keping
- Salinan Kad Pengenalan Penaja
SUAMI / ISTERI KEPADA PEMASTAUTIN TETAP MALAYSIA
- Borang IMM 16A
- Sijil Kahwin
- Salinan Pasport
- Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
- Sijil IM5 (Permit Masuk) Suami / Isteri
- Salinan Sijil Lahir Anak
- Gambar Berukuran Pasport – 2 Keping
- Salinan Kad Pengenalan Penaja
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Bagi kategori yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan warganegara Malaysia, pemohon hendaklah berada di Malaysia dengan pas jangkapanjang yang sah sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.
- bagi kategori yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan pemastautin tetap Malaysia, pemohon hendaklah berada di Malaysia dengan pas jangkapanjang yang sah sekurang-kurangnya lima (5) tahun.
- permohonan hendaklah di taja oleh seorang warganegara Malaysia berusia 21 tahun keatas.
PROSEDUR PERMOHONAN
- permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya atau mana-mana pejabat imigresen yang berhampiran.
- pemohon hendaklah hadir bersama-sama dengan penaja semasa mengemukakan permohonan .
- pemohon hendaklah mengemukakan pasport lama dan baru beserta salinan.
- dokumen sokongan asal dan salinan perlu dikemukakan untuk pengesahan.
- Setiap salinan dokumen yang dikeluarkan daripada negara asal pemohon hendaklah mendapat pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing.
BAYARAN
- Kadar bayaran RM 500.00 untuk lima tahun
- Kadar bayaran visa berulangkali (MEV) adalah mengikut negara.
MAKLUMAN AM
Pemegang Pas Residen layak untuk
- Bekerja
- Belajar
- Menjalankan Perniagaan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.