- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pasport
- »
- Dokumen Perjalanan Terhad
DOKUMEN PERJALANAN TERHAD (DPT)
TUJUAN
Tujuan Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dari Semenanjung bagi tujuan perjalanan keluar/masuk dan tinggal sementara di Sabah dan Sarawak bagi tempoh melebihi 3 bulan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN :
- • MyKad/Kad Pengenalan Tentera/Kad Pengenalan Polis atau Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 atau 11) bagi pemohon berumur melebihi 12 tahun
- • Pemohon berumur di Bawah 18 tahun ke bawah perlu persetujuan ibu bapa
- • Sijil Kelahiran bagi pemohon dibawah 12 tahun
- • Dokumen Perjalanan Terhad yang sedia ada (jika berkaitan)
- • Dua (2) keping gambar terbaharu berukuran 3.5cm x 5cm (LATAR BELAKANG PUTIH)
BAYARAN:
RM5.00
TEMPOH SAH LAKU:
5 tahun (lanjutan 5 tahun dengan Bayaran RM5.00)
PEJABAT PENGELUAR DOKUMEN PERJALANAN TERHAD (DPT)
| BIL | NEGERI | PEJABAT CAWANGAN |
|---|---|---|
| 1 | Perlis | Kompleks Imigresen KDN Kangar |
| 2 | Perak | Ipoh Taiping Teluk Intan Pengkalan Hulu Lumut |
| 3 | Kelantan | Kompleks Imigresen Kota Bharu UTC Kota Bharu Pengkalan Kubur Rantau Panjang Gua Musang |
| 4 | Negeri Sembilan | UTC Negeri Sembilan Port Dickson |
| 5 | Melaka | Kompleks Imigresen KDN Melaka |
| 6 | Sabah | Pejabat Imigresen Kota Kinabalu UTC Keningau UTC Tawau Pejabat Imigresen Sandakan Pejabat Imigresen Sipitang Pejabat Imigresen Kudat Pejabat Imigresen Tenom Pejabat Imigresen Semporna Pejabat Imigresen Lahad Datu |
| 7 | W.P Labuan | Pejabat Imigresen UTC Labuan |
| 8 | Johor | Pejabat Imigresen Setia Tropika Pejabat Imigresen Batu Pahat Pejabat Imigresen Muar Pejabat Imigresen Segamat Pejabat Imigresen Kulai Pejabat Imigresen Kukup Pejabat Imigresen Mersing Pejabat Imigresen Kluang Pejabat Imigresen UTC Johor Pejabat Imigresen UTC Pasir Gudang |
| 9 | Selangor | Pejabat Imigresen Shah Alam Pejabat Imigresen Pelabuhan Klang Pejabat Imigresen Kajang Pejabat Imigresen Kelana Jaya Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu |
| 10 | Terengganu | Pejabat Imigresen Dungun Pejabat Imigresen Chukai Pejabat Imigresen Besut Pejabat Imigresen UTC Terangganu |
| 11 | Kedah | Pejabat Imigresen Alor Setar Pejabat Imigresen Langkawi |
| 12 | Pahang | Pejabat Imigresen UTC Pahang Pejabat Imigresen Raub Pejabat Imigresen Temerloh Pejabat Imigresen Cameron Highland |
| 13 | Pulau Pinang | UTC Seberang Perai |
| 14 | Sarawak | Pejabat Imigresen Kuching Pejabat Imigresen UTC Kuching Pejabat Imigresen Sri Aman Pejabat Imigresen UTC Sibu Pejabat Imigresen Bintulu Pejabat Imigresen UTC Miri Pejabat Imigresen Limbang Pejabat Imigresen Lawas/Ba’kalalan |
| 15 | W.P Kuala Lumpur | Pejabat Imigresen Jalan Duta |