- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pas
- »
- Pas Lawatan Ikhtisas –...
PAS LAWATAN IKHTISAS – PAKAR (PLIK-PAKAR)
PENGENALAN
Jabatan Imigresen Malaysia bertanggungjawab memproses permohonan Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar dari agensi kerajaan dan syarikat swasta untuk membawa masuk tenaga pakar asing (Technical Expert) bagi menjalankan pekerjaan Professional Visit Pass (PVP) dengan tempoh maksimum 12 bulan.
Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar bagi negeri Sabah dan Sarawak dinilai melalui Jawatankuasa yang ditetapkan oleh negeri berkenaan.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
- 1. Pemohon Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar mestilah masuk selepas memperolehi kelulusan pas dengan menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) aau surat kelulusan bagi negara yang tidak memerlukan visa.
- 2. Kemasukan hanya dibenarkan bagi satu (1) tujuan / kontrak / projek sahaja pada satu-satu masa.
- 3. Bagi permohonan Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar Kategori 1 (Pemindahan Pakar) dan Kategori 2 (Penyelidikan) hendaklah mempunyai majikan asal di luar negara dan gaji dibayar oleh majikan asal.
- 4. Pemegang Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar perlu meninggalkan negara setelah program atau tempoh pas yang dibenarkan tamat kecuali permohonan lanjutan.
- 5. Pemegang Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar yang telah tamat tempoh kelulusan 12 bulan perlu meninggalkan negara (pulang).
- 6. TIADA KEMUDAHAN pas jangka panjang untuk pasangan, tanggungan dan Pembantu Rumah Asing (PRA) bagi pemegang Pas Lawatan Ikhtisas- Pakar sepanjang tempoh keberadaan di Malaysia.
SALURAN & KATEGORI PERMOHONAN
Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar hendaklah dikemukakan secara atas talian di laman portal
https://esd.imi.gov.my/portal/
Kategori Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar adalah seperti berikut:
- 1. Pakar Teknikal
- 2. Penyelidikan
- 3. Latihan praktikal / Latihan Industri (Internship)
- 4. Sukarelawan yang mendapat sokongan daripada agensi yang berkaitan di Malaysia
- 5. Peserta yang terlibat di dalam pameran / ekspo yang mendapat sokongan / pengesahan daripada agensi berkaitan yang diiktiraf di Malaysia.
Senarai Semak Permohonan Pas Lawatan Ikhtisas-Pakar
Sila muat turun senarai semak di sini:
Muat Turun Senarai Semak PLIK-Pakar (PDF)
- 1. Surat permohonan dari syarikat di Malaysia yang mempunyai maklumat ekspatriat yang ingin di bawa masuk (nama, gambar berukuran pasport, no. pasport, jawatan, deskripsi dan skop tugas di Malaysia, jadual kerja di Malaysia, tempoh kerja di Malaysia, jumlah tempoh pas yang dimohon).
- 2. Salinan passport semua muka surat (mempunyai sekurang- kurangnya enam (6) muka surat kosong).
- 3. Personal Bond atau Security Bond (bagi semua warganegara).
- 4. Salinan kontrak kerja / letter of award (LoA) (sekiranya berkaitan).
- 5. Salinan Memorandum of Understanding (MoU) (antara syarikat dengan institusi pendidikan di luar negara untuk pelajar yang menjalani latihan industri / praktikaI di syarikat berkaitan.
- 6. Salinan surat soI‹ongan daripada agensi pelulus atau kawal selia (sel‹iranya berkaitan) termasuk surat pengesahan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi tujuan pemasangan, penyelenggaraan dan baik pulih mesin baharu.
Tambahan :
- i. Semua dokumen / surat menyurat yang berkaitan hendaklah ditandatangan oleh pengarah syarikat yang terdapat dalam borang ‘Letter of Undertaking’ (LOU).
- ii. Majikan / wakil majikan perlu mengemukakan dokumen tambahan sekiranya perlu mengiI‹ut arahan semasa.
- iii. Hanya permohonan yang lengkap diterima akan diproses.