- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pasport
- »
- Pasport Malaysia Antarabangsa
PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA
Pasport Malaysia Versi ICAO
e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2 Februari 2010.
ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi Pasport Antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.
Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian Dokumen Perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara.
Piawaian Pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi
-
1
Struktur organisasi data: ruang kemasukan data dipertingkatkan.
-
2
Format biometrik: peralihan dari sistem ‘proprietary’ kepada sistem terbuka.
-
3
Gambar: ‘resolution’ yang lebih tinggi dipertingkatkan bagi pengecaman wajah yang lebih tepat.
-
4
Pengesahan dokumen: Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) – data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.
Rujukan Visual Pasport
TUJUAN
PASPORT ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.
Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.
KELAYAKAN
Warganegara Malaysia
TEMPAT MEMOHON
Semua Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara.
TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku pasport adalah LIMA(5) tahun dan SEPULUH (10) tahun dari Tarikh dikeluarkan.
Syarat-Syarat Permohonan
Pasport Malaysia Antarabangsa
Lahir Dalam Negara
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
- c) Lain-lain dokumen dirasakan perlu (Sabah/Sarawak) di bawah Bidang Kuasa Negeri
Lahir Luar Negara
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
- c) Lain-lain dokumen dirasakan perlu (Sabah/Sarawak) di bawah Bidang Kuasa Negeri
Pegawai dan Anggota Tentera
- a) Kad Pengenalan Tentera (MyTentera)
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Pegawai dan Anggota Polis
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Lahir Dalam Negara
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09);
- b) Sijil Kelahiran pemohon;
- c) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan); dan
- d) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (ibu atau bapa hendaklah hadir sama);
- e) Pasport negara asal bagi ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bukan Warganegara Malaysia).
Lahir Luar Negara
- a) Borang W/ Borang H/ Sijil Perakuan Taraf/ Pengesahan Taraf Warganegara;
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan);
- c) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (ibu atau bapa hendaklah hadir sama)
- d) Pasport negara asal bagi ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bukan warganegara Malaysia).
- e) Cabutan sijil kelahiran selepas tiba di Malaysia;
Salah Seorang Ibu Atau Bapa Balu / Duda Kepada Warganegara Telah Meninggal Dunia
- a) MyKad (jika berumur 12 Tahun dan ke atas) / Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Sijil Kelahiran pemohon
- c) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (ibu atau bapa hendaklah hadir sama)
- d) Sijil Kematian ibu/ bapa (warganegara)
Kedua-dua Ibubapa Telah Meninggal Dunia
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas) / Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Sijil Kelahiran pemohon
- c) Sijil kematian ibu dan bapa
- d) MyKad dan sijil kelahiran adik-beradik (berumur 18 tahun dan ke atas) / datuk/ nenek; atau
- e) Mykad Penjaga/ Pasport Penjaga (jika bukan warganegara); atau
- f) Bagi yang tiada pertalian darah Surat hak penjagaan kanak-kanak yang sah dari Mahkamah dalam negara/ Mahkamah Anak Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (hak penjagaan sementara) rujuk Akta Kanak-Kanak/ Pemegang Amanah.
Kedua-dua Ibubapa Tidak Dapat Dikesan
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas)/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09);
- b) Sijil Kelahiran pemohon;
- c) MyKad dan sijil kelahiran adik-beradik kandung (berumur 18 tahun dan ke atas) atau perintah hak penjagaan kanak-kanak yang sah dari Mahkamah dalam negara/ Mahkamah Anak Negeri; dan
- d) Laporan Polis
Ibu/ Bapa Bercerai dan Ada Sekatan Senarai Syak Pada Anak
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas)/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09);
- b) Sijil Kelahiran pemohon;
- c) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (ibu/ bapa/ penjaga yang sah hendaklah hadir bersama); dan
- d) Surat Kemudahan dari Bahagian Keselamatan dan Pasport JIM
Ibu/ Bapa Telah Menolak/ Lucut Warganegara
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas)/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Sijil Kelahiran pemohon
- c) Ibu/ bapa hendaklah mengemukakan Akuan Pelepashakan Kewarganegaraan Malaysia JPN (Borang K)
Pemohon Adalah Anak Angkat
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas)/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09);
- b) Sijil Pengangkatan Anak Angkat yang disahkan kewarganegaraan;
- c) Sijil Anak Angkat Luar Negara hendaklah disahkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia; dan
- d) Kad Pengenalan/ Pasport penjaga (jika bukan warganegara); atau
- e) Surat hak penjagaan kanak-kanak yang sah dari Mahkamah dalam Negara atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (hak penjagaan sementara)
Pemohon Telah Berkahwin Yang Berumur Di Bawah 18 Tahun
- a) MyKad (jika berumur 12 tahun dan ke atas)/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09);
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan); dan
- c) Sijil nikah atau surat cerai (jika telah bercerai)
Permohonan Di Pejabat Penerima Dan Pejabat Pengeluar Di Luar Negara
- a) Salinan muka surat biodata pasport terdahulu
- b) Salinan Visa/ Pas Jangka Panjang yang masih sah laku/ Taraf Penduduk Tetap
- c) Salinan MyKad/ Cabutan Daftar Kad Pengenalan (JPN.KP12)
- d) Salinan Sijil Kelahiran/ Borang W/ Borang H pemohon (pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- e) Salinan MyKad/ Pasport ibu/ bapa/ penjaga yang sah
- f) Pasport asal semasa tidak perlu dihantar ke Unit Rujukan Luar Negara, Ibu Pejabat
- g) Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun yang tidak mempunyai sebarang pas/ visa, beban pembuktian untuk tinggal secara sah di negara asing adalah mengikut pas/ visa warganegara ibu/ bapa/ penjaga
- h) Salinan resit bayaran termasuk bayaran gratis
- i) Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan
- j) Kesemua salinan hendaklah disahkan oleh Atase Imigresen/ Pegawai Pejabat Perwakilan Malaysia
Jemaah Haji
- a) Surat tawaran haji dari Lembaga Tabung Haji sahaja
- b) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- c) Sijil Kelahiran pemohon (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- d) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun, ibu atau bapa hendaklah hadir bersama)
- e) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Pelajar berumur 21 Tahun dan Ke Bawah Yang Mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda di Luar Negara
- a) Surat Tawaran/ tajaan dari Kementerian Jabatan/ Agensi Kerajaan Persekutuan atau Negeri/ Berkanun; atau
- b) Surat tawaran belajar/ cetakan tawaran belajar Peringkat Ijazah Sarjana Muda dari laman web oleh Institut Pengajian Tinggi Luar Negara; atau
- c) Kad Matrik Pelajar yang masih sah laku jika pelajar sedang belajar di luar negara
- d) MyKad/Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- e) Sijil Kelahiran pemohon (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- f) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (ibu atau bapa hendaklah hadir sama)
- g) Pasport negara asal bagi ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bukan warganegara Malaysia)
- h) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Pemohon Berumur 60 Tahun dan Ke Atas (Warga Emas)
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Kakitangan Jabatan/ Kakitangan Ambilan Tempatan (KAT)
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kad Jabatan/ Kad kuasa/ Surat penempatan
- c) Borang Permohonan Pasport Percuma
Rujukan Kementerian Luar Negeri (KLN)
- a) Surat Permohonan/ Pembaharuan Pasport Diplomatik/ Rasmi dari Kementerian Luar Negeri
- b) Borang permohonan pasport
- c) Salinan MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara KPPK 09
- d) Salinan Sijil Kelahiran pemohon (pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- e) Salinan MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah
- f) Salinan pasport terdahulu (jika ada)
- g) Kesemua salinan hendaklah disahkan oleh pegawai KLN
Orang Kurang Upaya (OKU)
- a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Kad OKU yang berdaftar dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau kecacatan fizikal yang jelas.
- c) Sijil Kelahiran pemohon (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- d) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun ibu atau bapa hendaklah hadir sama)
- e) Pasport negara asal bagi ibu/ bapa/ penjaga yang sah (bukan warganegara Malaysia)
- h) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
Pengecualian Bayaran Yang Diumumkan Oleh Kerajaan
- a) MyKad (berumur 12 tahun dan ke atas) / Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
- b) Sijil Kelahiran pemohon (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun)
- c) MyKad ibu/ bapa/ penjaga yang sah (Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun ibu atau bapa hendaklah hadir sama)
- d) Kemukakan pasport semasa (jika ada)
Kadar Bayaran
Pasport Malaysia Antarabangsa
| Bil. | Kategori | Kadar Fi Pasport Malaysia | |
|---|---|---|---|
| 5 Tahun | 10 Tahun | ||
| 1. | Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun | RM200 | RM350 |
| 2. | Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun | RM200 | Tidak layak |
| 3. | Pemohon yang berumur di bawah 12 tahun | RM100 | Tidak layak |
| 4. | Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas | RM100 | RM175 |
| 5. | Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di luar negara | RM100 | Tidak layak |
| 6. | Jemaah haji | RM100 | Tidak layak |
| 7. | Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU berumur 18 tahun dan ke atas | Tidak layak | Gratis |
| 8. | Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur di bawah 18 tahun ke bawah | Gratis | Tidak layak |
| 9. | Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia | Tidak layak | Gratis |
| 10. | PMD dan PMR tempoh kelulusan selaras KLN | Gratis | Gratis |
| 11. | PMA (tanggungan) mengikut kelulusan selaras Prinsipal PMD atau PMR | Gratis | Gratis |
Spesifikasi Gambar
Pasport Malaysia Antarabangsa
-
📸
Gambar akan diambil di bahagian pasport menggunakan alat Facial Live Capture
-
👀
Memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup
-
🧕
Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung
-
❌
Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar
Rujukan Saiz Gambar
CATATAN
Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun
-
1
Satu keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang
-
2
Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)
Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada pemohon gantian pasport.
Pindahan Baki Tempoh Sah Laku:
Baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam pasport lama akan dimasukkan ke dalam pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
- Bukan kes hilang atau rosak ; dan
- Bukan kes dalam siasatan
Dokumen yang diperlukan sama seperti permohonan kali pertama.
Pemohon perlu membawa pasport Malaysia terakhir yang digunakan.
Kes Hilang / Rosak Pasport Malaysia
Permohonan gantian pasport yang hilang / rosak boleh dikemukakan di mana-mana pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:
- 📄 Laporan Polis (kes kehilangan/kes kebakaran/kes bencana alam)
- 🪪 MyKad pemohon
- 👨👩👦 Sijil Lahir dan MyKad Ibu/Bapa yang hadir (pemohon berumur bawah 18 tahun)
- 📑 JPN.KPPK 09 (sekiranya tiada MyKad)
- 🏢 Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan)
- 9️⃣ Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operasi Imigresen di pintu masuk.
Maklumat Penting Kelulusan Siasatan
Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang / rosak bergantung kepada keputusan KETUA PENGARAH IMIGRESEN dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari Tarikh permohonan diterima.
📌 Kehilangan pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian.
Kadar Fi Gantian Pasport Malaysia Antarabangsa akibat Hilang/Rosak
Bagi Tempoh Sah Laku 5 Tahun dan 10 Tahun
Tempoh Sah Laku: 5 Tahun
9 Kategori| Bil. | Kategori Pemohon | Harga Pasport Original | Gantian Kali Pertama | Gantian Kali Kedua | Gantian Kali Ketiga & Seterusnya |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun | RM200 | RM400 | RM700 | RM1,200 |
| 2. | Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun | RM200 | RM400 | RM700 | RM1,200 |
| 3. | Pemohon yang berumur di bawah 12 tahun | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 4. | Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 5. | Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di luar negara. | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 6. | Jemaah Haji | RM100 | RM300 | RM600 | RM1,100 |
| 7. | Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur di bawah 18 tahun | Gratis | RM200 | RM500 | RM1,000 |
| 8. | PMD dan PMR tempoh kelulusan selaras KLN | Gratis | Gratis | Gratis | Gratis |
| 9. | PMA (tanggungan) mengikut kelulusan selaras Prinsipal PMD atau PMR | Gratis | Gratis | Gratis | Gratis |
Tempoh Sah Laku: 10 Tahun
6 Kategori| Bil. | Kategori Pemohon | Harga Pasport Original | Harga Penggantian Kali Pertama | Harga Penggantian Kali Kedua | Harga Penggantian Kali Ketiga & Seterusnya |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun | RM350 | RM550 | RM850 | RM1,350 |
| 2. | Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas | RM175 | RM375 | RM675 | RM1,175 |
| 3. | Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur 18 tahun ke atas | Gratis | RM200 | RM500 | RM1,000 |
| 4. | Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia | Gratis | RM200 | RM500 | RM1,000 |
| 5. | PMD dan PMR tempoh kelulusan selaras KLN | Gratis | Gratis | Gratis | Gratis |
| 6. | PMA (tanggungan) mengikut kelulusan selaras Prinsipal PMD atau PMR | Gratis | Gratis | Gratis | Gratis |