MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

splwpk-electronic-archive
splwpk-publicising
splwpk-w3c
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-client-charter
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-contact-details
splwpk-procurement
splwpk-online-e-participation

Khamis : November 12, 2026 - 3.29 pm

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Pasport
  6. »
  7. Pasport Malaysia Antarabangsa

PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Passport Information Layout

Pasport Malaysia Versi ICAO

e-Pasport Malaysia Versi International Civil Aviation Organization (ICAO) telah dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 2 Februari 2010.

ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpangkalan di Montreal, Canada. ICAO diberi mandat oleh PBB untuk mewujudkan dan menetapkan piawaian dan spesifikasi Pasport Antarabangsa yang perlu dipatuhi oleh negara anggotanya.

Piawaian ICAO merujuk kepada spesifikasi dan standard piawaian Dokumen Perjalanan bagi tujuan mengawal pergerakan keluar/masuk di sempadan negara.

Piawaian Pasport ICAO yang ditetapkan dan perlu dipatuhi

  1. 1
    Struktur organisasi data: ruang kemasukan data dipertingkatkan.
  2. 2
    Format biometrik: peralihan dari sistem ‘proprietary’ kepada sistem terbuka.
  3. 3
    Gambar: ‘resolution’ yang lebih tinggi dipertingkatkan bagi pengecaman wajah yang lebih tepat.
  4. 4
    Pengesahan dokumen: Peralihan dari Secured Access Module (SAM) kepada Public Key Infrastructure (PKI) – data yang terkandung dalam cip elektronik boleh dibaca oleh negara-negara lain.

Rujukan Visual Pasport

Rujukan Visual Pasport Malaysia Versi ICAO
Passport Information Layout

Tujuan

PASPORT ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa.

Kelayakan

Warganegara Malaysia

Tempat Memohon

Semua Pejabat Imigresen di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara.

Tempoh Sah Laku

Tempoh sah laku pasport adalah LIMA(5) tahun dan SEPULUH (10) tahun dari Tarikh dikeluarkan.

Spesifikasi Gambar

Pasport Malaysia Antarabangsa

  • 📸

    Gambar akan diambil di bahagian pasport menggunakan alat Facial Live Capture

  • 👀

    Memandang tepat ke arah kamera, mata perlu dalam keadaan terbuka dan mulut tertutup

  • 🧕

    Tidak memakai topi / rambut tidak melindungi wajah dan tidak menutupi dahi bagi yang memakai tudung

  • ❌

    Pemakaian lensa mata dan cermin mata tidak dibenarkan semasa mengambil gambar

Rujukan Saiz Gambar

Spesifikasi Saiz Gambar Pasport Malaysia
⚠️

CATATAN

Spesifikasi untuk gambar kanak-kanak di bawah 4 tahun

  1. 1

    Satu keping gambar bersaiz 35mm x 50mm berlatar belakang PUTIH tanpa bayang

  2. 2

    Saiz wajah pembawa pasport berukuran minima 25-30mm (50% – 60% ukuran ruang gambar mengikut ICAO)

Syarat-Syarat Permohonan

Pasport Malaysia Antarabangsa

Lahir Dalam Negara

     
  • a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
  •  
  • b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
  •  
  • c) Lain-lain dokumen dirasakan perlu (Sabah/Sarawak) di bawah Bidang Kuasa Negeri

Lahir Luar Negara

     
  • a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
  •  
  • b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)
  •  
  • c) Lain-lain dokumen dirasakan perlu (Sabah/Sarawak) di bawah Bidang Kuasa Negeri

Pegawai dan Anggota Tentera

     
  • a) Kad Pengenalan Tentera (MyTentera)
  •  
  • b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)

Pegawai dan Anggota Polis

     
  • a) MyKad/ Dokumen Pengenalan Sementara (KPPK 09)
  •  
  • b) Kemukakan pasport terdahulu (Pembaharuan)

Kadar Bayaran

Pasport Malaysia Antarabangsa

Bil. Kategori Kadar Fi Pasport Malaysia
5 Tahun 10 Tahun
1. Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun RM200 RM350
2. Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun RM200 Tidak layak
3. Pemohon yang berumur di bawah 12 tahun RM100 Tidak layak
4. Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas RM100 RM175
5. Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di luar negara RM100 Tidak layak
6. Jemaah haji RM100 Tidak layak
7. Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU berumur 18 tahun dan ke atas Tidak layak Percuma
8. Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur di bawah 18 tahun ke bawah Percuma Tidak layak

Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter

Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada pemohon gantian pasport.

📋

Dokumen yang diperlukan sama seperti permohonan kali pertama.

📖
Pemohon perlu membawa pasport Malaysia terakhir yang digunakan. (Termasuk Passport Rosak)

Kes Hilang Pasport Malaysia

Permohonan gantian pasport yang hilang boleh dikemukakan di mana-mana pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen seperti berikut:

  • 📄 Laporan Polis (kes kehilangan/kes kebakaran/kes bencana alam)
  • 🪪 MyKad pemohon
  • 👨‍👩‍👦 Sijil Lahir dan MyKad Ibu/Bapa yang hadir (pemohon berumur bawah 18 tahun)
  • 📑 JPN.KPPK 09 (sekiranya tiada MyKad)
  • 🏢 Surat pengesahan majikan yang bertugas di luar negara (jika berkaitan)
  • 9️⃣ Sijil Perakuan Cemas (SPC) dan surat daripada Pejabat Operasi Imigresen di pintu masuk.
  • * Borang rakaman kenyataan percakapan bawah seksyen 112 KTJ
⚠️

Maklumat Penting Kelulusan Siasatan

Kelulusan permohonan gantian pasport yang telah hilang bergantung kepada keputusan KETUA PENGARAH IMIGRESEN dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari Tarikh permohonan diterima.

📌 Kehilangan pasport di luar negara hendaklah dilaporkan segera di pejabat Perwakilan Malaysia yang terdekat bagi mendapatkan gantian.

KADAR BAYARAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Bagi Tempoh Sah Laku 5 Tahun dan 10 Tahun

Tempoh Sah Laku: 5 Tahun

7 Kategori
Bil. Kategori Pemohon Bayaran Pasport Biasa Bayaran Gantian Kali Pertama Bayaran Gantian Kali Kedua Bayaran Gantian Kali Ketiga & Seterusnya
1. Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun RM200 RM400 RM700 RM1,200
2. Pemohon yang berumur di bawah 18 tahun RM200 RM400 RM700 RM1,200
3. Pemohon yang berumur di bawah 12 tahun RM100 RM300 RM600 RM1,100
4. Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas RM100 RM300 RM600 RM1,100
5. Pelajar yang berumur di bawah 21 tahun yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di luar negara. RM100 RM300 RM600 RM1,100
6. Jemaah Haji RM100 RM300 RM600 RM1,100
7. Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur di bawah 18 tahun Percuma RM200 RM500 RM1,000

* BAYARAN GANTIAN ADALAH BAGI KES HILANG/ROSAK YANG MASIH SAH LAKU

Tempoh Sah Laku: 10 Tahun

4 Kategori
Bil. Kategori Pemohon Bayaran Pasport Biasa Bayaran Gantian Kali Pertama Bayaran Gantian Kali Kedua Bayaran Gantian Kali Ketiga & Seterusnya
1. Pemohon yang berumur 18 tahun dan ke atas hingga 59 tahun RM350 RM550 RM850 RM1,350
2. Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas RM175 RM375 RM675 RM1,175
3. Orang Kurang Upaya (OKU) dan mempunyai kad OKU yang berumur 18 tahun ke atas Percuma RM200 RM500 RM1,000
4. Pegawai dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia Percuma RM200 RM500 RM1,000

* BAYARAN GANTIAN ADALAH BAGI KES HILANG/ROSAK YANG MASIH SAH LAKU

Skip to content