Selasa : September 26, 2023 - 1.20 am

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Dokumen Perjalanan
  6. »
  7. Dokumen Gantian Perjalanan

Dokumen Gantian Perjalanan

Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada Pasport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.

Tempoh Sahlaku

Sekali perjalanan sahaja dan dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes yang melayakkan pemegangnya masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak bagi tempoh tidak lebih tiga (3) bulan.

Syarat-Syarat Am
  1. Dokumen ini boleh diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbangKota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
  2. Tidak dikenakan bayaran.
  3. Tidak perlu akuan persetujuan ibu/bapa/penjaga.
Pemohon
Pemohon Syarat-syarat
Berusia 12 tahun ke atas Kad Pengenalan
Kad pengenalan polis/tentera
Berusia bawah 12 Sijil kelahiran atau
Sijil anak angkat
Skip to content