Dimaklumkan bahawa permohonan jawatan adalah terbuka kepada Penolong Penguasa Imigresen Gred KP32dan KP29, Pegawai Imigresen Gred KP26 dan KP22 yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia. Bagi Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 yang memohon hendaklah terdiri daripada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat di gred jawatan hakiki tidak kurang dari lima (5) tahun. Pegawai yang pernah berkhidmat di Pejabat Atase Imigresen Luar Negara adalah tidak layak untuk memohon. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang (ATASE.IMM.01) yang disertakan beserta salinan buku rekod perkhidmatan dan penyata cuti dari 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020. Borang dan dokumen sokongan yang lengkap hendaklah dikembalikan ke Unit Pengambilan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Putrajaya sebelum atau pada 11 Februari 2021 (Khamis) selewat-lewatnya jam 5.00 petang untuk tindakan selanjutnya.
Iklan Kekosongan Jawatan Atase / Penolong Atase Imigresen Di Pejabat Atase Imigresen Luar Negara Jabatan Imigresen Malaysia
- Januari 8, 2021
- 6:17 pm