MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

splwpk-electronic-archive
splwpk-publicising
splwpk-w3c
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-client-charter
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-contact-details
splwpk-procurement
splwpk-online-e-participation

Selasa : April 28, 2026 - 11.24 am

  1. Utama
  2. »
  3. Perkhidmatan Utama
  4. »
  5. Pas
  6. »
  7. Pas Lawatan
  8. »
  9. Pas Lawatan Sosial
  10. »
  11. Pas Lawatan Sosial Jangka...

PAS LAWATAN SOSIAL JANGKA PANJANG

PAS LAWATAN (SOSIAL) JANGKA PANJANG

(Pasangan kepada Warganegara Malaysia)

Pengenalan

Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang (PLSJP) dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia kepada warga asing untuk tinggal sementara di Malaysia bagi tempoh minimum enam (6) bulan.

Bagi suami atau isteri warga asing kepada warganegara Malaysia:

  • Pas boleh diberikan sehingga lima (5) tahun, tertakluk kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan.
  • Pemegang pas ini dibenarkan bekerja, menjalankan perniagaan atau pekerjaan profesional tanpa perlu menukar kepada Pas Penggajian atau Pas Lawatan (Kerja Sementara).
  • Naziran boleh dilaksanakan sebagai aktiviti pengesahan bagi memastikan pemegang kemudahan imigresen mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Pelaksanaan Naziran boleh melibatkan lawatan ke alamat atau premis yang didaftarkan, pemerhatian, temu bual dengan pihak berkaitan serta semakan dokumen yang dikemukakan kepada Jabatan.
  • Penemuan hasil Naziran akan digunakan sebagai asas sokongan dalam proses pertimbangan, pemberian atau lanjutan kemudahan imigresen di bawah kawalan Bahagian Visa, Pas dan Permit.

Syarat dan Peraturan Kebenaran Bekerja

(Pasangan Warganegara Malaysia)

  1. Jabatan Imigresen Malaysia berhak meminta dokumen tambahan sekiranya diperlukan.
  2. Semua dokumen asal mesti dibawa untuk tujuan pengesahan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  3. Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon bersama pasangan warganegara Malaysia.
  4. Pemohon mestilah suami atau isteri kepada warganegara Malaysia yang memegang Pas Lawatan (Sosial) di bawah kemudahan pasangan warganegara Malaysia.
  5. Pekerjaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah sah di sisi undang-undang Malaysia.
  6. Kebenaran bekerja atau berniaga akan diendors dalam pasport pemohon.
  7. Pemohon yang telah diberi kebenaran bekerja hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Senarai Semak Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu menyediakan dokumen berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) suami atau isteri warganegara Malaysia.
  2. Salinan pasport pemohon serta pas terkini.
  3. Borang Akuan Sumpah yang lengkap berserta gambar dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.
  4. Salinan Sijil Perkahwinan atau Sijil Nikah.
  5. Surat Tawaran Kerja daripada majikan (menggunakan kepala surat rasmi syarikat).
  6. Kontrak Kerja yang telah dimatikan setem hasil RM10 dan mengandungi maklumat berikut:
    • Jawatan
    • Tempoh pekerjaan
    • Gaji bulanan
    • Tandatangan majikan dan pekerja
  7. Borang Maklumat Pemohon, Pasangan Warganegara dan Majikan.
  8. Salinan terkini Borang Pendaftaran Syarikat yang dicetak terus daripada sistem MyData SSM.

Tatacara Memohon Endorsmen Kebenaran Bekerja

  1. Permohonan hendaklah dibuat di Bahagian Visa, Pas dan Permit di negeri tempat pemohon bekerja.
  2. Permohonan boleh dikemukakan:
    • Semasa memohon Pas Lawatan (Sosial) Jangka Panjang; atau
    • Pada bila-bila masa selepas menerima tawaran kerja.

 

 

Syarat dan dokumen permohonan yang diperlukan mengikut kategori :

Permohonan Baru Isteri Atau Suami Kepada Warganegara

Permohonan Baru Bagi Suami Atau Isteri Kepada Warganegara China dan Nigeria

Permohonan Lanjutan Bagi Suami / Isteri Kepada Warganegara

Pegawai Dagang dan Anak yang telah mendapat kelulusan taraf Penduduk Tetap (sementara menunggu pengeluaran Permit Masuk)

 

  1. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
  2. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  3. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran pasangan Warganegara Malaysia.
  4. Pemohon merupakan isteri atau suami kepada warganegara Malaysia yang mana perkahwinan mereka telah didaftarkan secara sah dan teratur di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
  5. Pemohon adalah layak diberikan ataupun telah diberikan Pas Lawatan Sosial dibawah kemudahan suami atau isteri asing kepada warganegara Malaysia.
  6. Pekerjaan atau perniagaan yang dilakukan itu adalah merupakan pekerjaan atau perniagaan yang sah mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan yang berkuatkuasa di Malaysia.
  7. Kebenaran melakukan pekerjaan atau perniagaan ini dicatatkan ataupun di endos dalam Pas Lawatan Sosial yang berkaitan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia atau mana-mana Pegawai Imigresen yang diberi kuasa untuk membuat catatan/endorsan tersebut.
  8. Pemegang Pas Lawatan Sosial tersebut mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia bagi maksud pengeluaran Pas Lawatan Sosial tersebut serta bagi maksud membuat catatan/pengendorsan yang berkaitan.
  9. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    1. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri
    2. Salinan Pasport dan pas terkini Pemohon
    3. Borang Surat Akuan Sumpah beserta gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    4. Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
    5. Surat Tawaran Bekerja dari majikan (menggunakan Letterhead  Syarikat)
    6. Kontrak Kerja (dimatikan setem hasil RM 10) yang menerangkan :
      • Jawatan
      • Tempoh Kerja
      • Gaji Bulanan
      • Tandatangan kedua pihak (majikan dan pekerja)
    7. Borang Maklumat Pemohon, Pasangan Warganegara dan Majikan
    8. Borang Pendaftaran Syarikat (dicetak terus dari sistem My Data – SSM) terkini.
  1. Permohonan boleh dibuat di Bahagian Visa, Pas dan Permit, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya atau di Pejabat Imigresen Negeri berdekatan.
  2. Permohonan boleh dikemukakan semasa mendapatkan semasa mendapatkan kelulusan Pas Lawatan Sosial yang berkaitan atau pada bila-bila masa selepas Pas Lawatan Sosial yang berkaitan diberikan.
  3. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    1. Sijil Perkahwinan / Sijil nikah
    2. Tawaran Kerja / Daftar Perniagaan (mana yang berkaitan)
  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh ibubapa warganegara.
  2. Pemohon hendaklah berumur 7 tahun kebawah.
  3. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  4. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
  5. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12
    • Borang Imm.38
    • Salinan Pasport pemohon (semua mukasurat bercetak)
    • Salinan Kad Pengenalan ibu / bapa warganegara
    • Salinan Pasport dan Pas Semasa ibu atau bapa bukan warganegara
    • Sijil Penceraian/ Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial Certificate diterjemahkan dalam bahasa melayu / inggeris (pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Luar Negara dan Wisma Putra)
  1. Warganegara asing yang berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai keluarga di negara asal dan mempunyai keluarga di negara ini yang sanggup menyaranya.
  2. Penaja hendaklah terdiri daripada anak kandung / menantu / adik beradik.
  3. Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas.
  4. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  5. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
  6. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12 (2 salinan)
    • Borang Imm.38
    • Salinan Pasport pemohon (semua mukasurat bercetak)
    • Surat Akuan pemohon (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    • Borang Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem Rm 10 di LHDN) – Security Bond bagi warganegara China dan Nigeria
    • Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja perlu hadir)
    • Borang Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    • Bukti Pendapatan Penaja
      • Bukti pendapatan majikan (Letterhead Syarikat) ATAU
      • Lesen Perniagaan / SSM / ROC DAN
      • Penyata Bank Akaun Persendirian – 3 bulan terkini
    • Sijil Penceraian/ Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial Certificate diterjemahkan dalam bahasa melayu / inggeris (pengesahan dari Kedutaan Malaysia di Luar Negara dan Wisma Putra)
    • Bukti pertalian hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen  bagi menerangkan pertalian antara penaja dengan pemohon
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12 / Imm.55
    • Borang Imm.38 (jika perlu)
    • Surat pengesahan pelajar dari IPTS/IPTA
    • Salinan sijil kelahiran pelajar
    • Surat dari kedutaan sebagai bukti pertalian
    • Pasport
    • Sijil nikah/ perkahwinan suami/ isteri
    • Sijil kelahiran anak kepada pelajar
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12 / Imm. 55
    • Borang Imm.38
    • Salinan sijil nikah
    • Salinan sijil kelahiran anak (jika ada)
    • Surat Akuan Sumpah Terkini – perkahwinan wujud dan masih sah
    • Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
    • Kad pengenalan penaja/pasangan
    • Bukti pendapatan penaja/ pasangan
    • Salinan pasport penaja / pasangan
    • Gambar perkahwinan
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12 / Imm. 55
    • Borang Imm.38
    • Sijil nikah
    • Sijil kelahiran anak (jika ada)
    • Surat Akuan Sumpah terkini – suami tidak dapat dikesan/ lari
    • Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
    • Surat akuan penaja tempatan
    • Kad pengenalan penaja
    • Bukti pendapatan penaja – pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
    • Salinan laporan polis/ hospital – bukti penganiayaan
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Menyertakan dokmen-dokumen sokongan yang berkaitan iaitu :
    • Borang Imm.12 / Imm. 55
    • Borang Imm.38
    • Sijil nikah
    • Sijil perceraian
    • Sijil kelahiran anak (jika ada)
    • Surat Akuan Sumpah – tidak pernah berkahwin setelah bercerai
    • Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
    • Surat Akuan Penaja Tempatan
    • Kad pengenalan penaja
    • Bukti pendapatan penaja – pendapatan penaja RM2000.00 ke atas
  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran penaja Warganegara Malaysia.
  2. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  3. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
  4. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    1. Borang Imm.12
    2. Borang Imm.38
    3. Salinan Pasport Pemohon (semua mukasurat bercetak)
    4. Borang Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem Rm 10 di LHDN) – Security Bond bagi warganegara China dan Nigeria
    5. Surat Akuan Pemohon (AM 80) – dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan
    6. Salinan Kad Pengenalan Penaja (penaja hendaklah dari ahli keluarga terdekat suami)
    7. Surat Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    8. Bukti Pendapatan Penaja **Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas
      • Bukti pendapatan majikan (Letterhead Syarikat) beserta slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
      • Lesen Perniagaan / SSM / ROC beserta Penyata Bank (3 bulan terkini)
    9. Dokumen Tambahan (Sijil Penceraian / Sijil Kematian Pasangan, Sijil Kahwin, Sijil Lahir, Notarial Certificate diterjemahkan dalam Bahasa Melayu / Inggeris) – pengesahan dari  Kedutaan Malaysia di Luar Negara dan Wisma Putra
  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh subjek / wakil hospital /  pengiring pesakit.
  2. Terhad kepada rawatan di Hospital kerajaan / Hospital pakar sahaja.
  3. Pesakit hanya dibenarkan membawa hanya seorang sahaja pengiring.
  4. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  5. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan.
  6. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    1. Borang Imm.12
    2. Borang Imm.38
    3. Salinan Pasport Pemohon (semua mukasurat bercetak)
    4. Surat Sokongan dari hospital / klinik kesihatan
    5. Surat dari (Malaysian Health Trade Centre (MHTC) – untuk hospital / klinik yang berdaftar bersama pihak MHTC
    6. Gambar subjek dalam keadaan yang terkini (jika pesakit tidak boleh melakukan perjalanan / bergerak)
    7. Bukti pembayaran dalam bentuk :
      1. Resit Pembayaran ATAU
      2. Surat yang menyatakan pembayaran
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    1. Surat sokongan dari majikan
    2. Suratkuasa dari majikan
    3. 2 set borang Imm. 10
    4. 2 set borang Imm. 12
    5. Borang Imm.38 (jika perlu)
    6. Sijil nikah / perkahwinan
    7. Sijil lahir anak
    8. Pasport ahli keluarga pegawai dagang
    9. Surat kelulusan pegawai dagang
    10. 2 keping gambar terkini pemohon
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
  1. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  2. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    • Kad pengenalan suami
    • Permit masuk suami
    • Pasport isteri (kesemua mukasurat)
    • Sijil nikah / perkahwinan
    • 2 keping gambar terkini isteri bersaiz pasport
    • Usia perkahwinan telah melebihi 6 bulan
    • 2 set borang Imm. 47
    • Borang Imm. 55
    • Borang Imm.38
    • Borang ‘Security Bond’ (dimatikan setem hasil RM10.00)
  1. Pemohon perlu hadir bersama pasangan.
  2. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  3. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    • Borang Imm.12
    • Borang Imm.38 (2 salinan)
    • Borang Imm.55 (2 salinan)
    • Borang kenyataan penaja
    • Security bond – dimatikan setem RM10.00
    • Surat akuan sumpah berserta gambar dan dicop Pesuruhjaya Sumpah
    • Kad pengenalan dan sijil lahir suami / isteri
    • Sijil daftar perkahwinan
    • Bukti surat cerai/ sijil mati (jika berkaitan)
    • Gambar perkahwinan berukuran poskad
    • Sijil lahir anak (surat pengesahan dari mahkamah jika anak tiri)
    • Lesen niaga/ ROC syarikat/ Borang J (Jika bekerja sendiri)
    • Surat pengesahan dari majikan dengan letter head (Jika bekerja)
    • Bukti pendapatan (slip gaji 3 bulan terakhir/ buku bank/ borang J)
    • Bukti alamat tempat tinggal (bil utiliti)
    • Pasport Malaysia suami / isteri(semua muka surat)
    • Lain-lain dokumen sekiranya diperlukan
  1. Pemohon perlu hadir bersama pasangan.
  2. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  3. Jika sebarang laporan / kenyataan / repretasi didapati palsu maka ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (f) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi  RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-dua sekali.
  4. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Ibupejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
  5. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    • Borang Imm.12 (2 salinan)
    • Borang Imm.38 (2 salinan)
    • Borang Imm.55 (2 salinan)
    • Borang Kenyataan Penaja
    • Borang Hal Ehwal Suami Isteri
    • Borang Maklumat Tambahan
    • Security Bond (Dimatikan setem RM 10 Di LHDN)
    • Surat Akuan Sumpah Beserta Gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    • Surat Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan) **Penaja hendaklah berpendapatan RM 2000 dan ke atas
    • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pasangan Warganegara
    • Salinan Daftar Perkahwinan Luar Negara (jika perkahwinan di luar negara)
    • Salinan Daftar Perkahwinan di Malaysia
    • Cabutan untuk Daftar Perkahwinan (dapatkan dari JPN Putrajaya sahaja)
    • Salinan Bukti Cerai / Sijil Mati sekiranya duda / janda / balu (Notarial Certificate jika ada)
    • Gambar Perkahwinan (berpakaian pengantin) – 1 keping
    • Gambar berukuran saiz Pasport  – suami (4 keping) dan isteri (4 keping)
    • Salinan Sijil Lahir Anak (surat hak penjagaan dari mahkamah jika anak tiri)
    • Surat Pengesahan Majikan (Letterhead Syarikat) beserta slip gaji (3 bulan terkini) atau Lesen Perniagaan / SSM / ROC
    • Penyata Bank Penaja (3 bulan terkini)
    • Bukti alamat tempat tinggal (bil air / eletrik atau Tenancy Aggreement)
    • Salinan Pasport Antarabangsa pasangan warganegara (semua mukasurat bercetak)
    • Salinan Pasport Suami / Isteri (semua mukasurat bercetak)
    • Lain-lain dokumen sekiranya perlu dari semasa ke semasa
  1. Permohonan perlu dikemukakan oleh pemohon dengan kehadiran bersama pasangan Warganegara Malaysia.
  2. Semua dokumen asal perlu dibawa bersama untuk disahkan dan permohonan yang lengkap sahaja diterima.
  3. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    • Borang Imm.38
    • Borang Imm.55
    • Borang Akuan Sumpah Beserta Gambar (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    • Salinan Daftar Kelahiran Anak / Sijil Lahir
    • Salinan Kad pengenalan suami / isteri
    • Salinan Daftar Perkahwinan / Sijil Nikah
    • Salinan Pasport dan pas terkini pemohon (semua muka surat yang bercetak)
  1. Suami isteri mesti hadir bersama.
  2. Bagi permohonan kali pertama, dokumen asal hendaklah dibawa bersama salinan.
  3. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    • Surat kuasa dari syarikat
    • Borang Imm.12 (2 set)
    • Borang Imm. 38 (jika perlu)
    • Sijil kahwin
    • Sijil kelahiran anak
    • Pasport keluarga pegawai dagang yang memohon
    • Surat kelulusan jawatan pegawai dagang
    • Gambar terkini pemohon berukuran pasport (2 keping)
Skip to content