PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN JABATAN
SIRI 1 TAHUN 2026
MAKLUMAT PEPERIKSAAN
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Jabatan Imigresen Malaysia telah selesai melaksanakan Peperiksaan Jabatan Siri 1 Tahun 2026 dan keputusan peperiksaan tersebut akan disiarkan melalui portal peperiksaan pada 17 Julai 2026 (Jumaat).
SEMAKAN & REKOD KEPUTUSAN
Sehubungan itu, pegawai yang telah menduduki peperiksaan tersebut boleh membuat semakan dan keputusan peperiksaan hendaklah direkodkan ke dalam buku perkhidmatan pegawai berkenaan. Untuk makluman pihak YDH. CP Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan, pegawai juga boleh membuat permohonan semakan semula keputusan peperiksaan bermula pada 17 Julai 2026 (Jumaat) sehingga 31 Julai 2026 (Jumaat) dengan mengemukakan permohonan semakan semula ke Unit Latihan dan Kompetensi, BPSM.
PERTANYAAN & URUS SETIA
Sekiranya pihak YDH. CP Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Dr./tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi urus setia peperiksaan seperti berikut:
| NAMA | TELEFON |
|---|---|
| Puan Nurul Atiqah binti Arshad | 03-8880 1094 |
| Puan Nur Amani binti Muhd Noor | 03-8880 1094 |