Notis Pemakluman
Pengemaskinian Syarat Permohonan Pengeluaran eSP di Portal MyPASS@JIM
Kepada: Semua Majikan / Pemohon
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia akan mengemaskini syarat permohonan pengeluaran eSP di Portal MyPASS@JIM bermula September 2025.
Majikan/Pemohon hanya akan diluluskan permohonan eSP sekiranya permohonan dibuat sebelum Pas yang dimiliki tamat tempoh.
Sekiranya Pas telah tamat, Majikan/Pemohon dikehendaki hadir ke kaunter Pejabat Pengeluar Pas berkenaan bagi tujuan pembayaran kompaun sebelum lanjutan Pas dibenarkan.
*Tarikh pelaksanaan adalah tertakluk kepada arahan semasa.