- Perincian
Dokumen Gantian Perjalanan Dalam Negeri (IMM.114)
1. Tujuan
Dokumen ini dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia dari Semenanjung untuk membuat lawatan ke Sabah atau Sarawak sebagai alternatif kepada Pasport Malaysia dan Dokumen Perjalanan Terhad.
2. Tempoh Sahlaku
Sekali perjalanan sahaja dan dianggap sebagai Pas Lawatan Sosial atau Bisnes yang melayakkan pemegangnya masuk dan tinggal di Sabah atau Sarawak bagi tempoh tidak lebih tiga (3) bulan.
3. Syarat-Syarat Am
- Dokumen ini boleh diperolehi di kaunter Balai Ketibaan lapangan terbangKota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak.
- Tidak dikenakan bayaran.
- Tidak perlu akuan persetujuan ibu/bapa/penjaga.
4. Pemohon
| Pemohon | Syarat-syarat |
| Berusia 12 tahun ke atas |
|
| Berusia bawah 12 |
|
- Telah Dikemaskini pada Isnin, 27 Februari 2012 08:03