MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

splwpk-electronic-archive
splwpk-publicising
splwpk-w3c
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-client-charter
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-contact-details
splwpk-procurement
splwpk-online-e-participation

Jumaat : Disember 12, 2025 - 8.25 pm

Soalan Lazim - Pas Lawatan (Sosial) Graduan

Soalan Lazim – Pas Lawatan (Sosial) Graduan

SOALAN LAZIM (FAQ)

PAS LAWATAN (SOSIAL) GRADUAN

1. APA ITU PAS LAWATAN (SOSIAL) GRADUAN?

Pas Lawatan (Sosial) Graduan adalah sebuah pas lawatan jangka panjang yang membolehkan pemegang pas untuk berada di Malaysia bagi tujuan melancong dalam negeri, mencari atau mengenali program di institusi pendidikan tempatan untuk menyambung pelajaran dan bekerja secara sambilan dalam sektor pekerjaan yang dibenarkan mengikut perundangan.


2. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON PAS INI?

Pelajar antarabangsa yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda (Bachelor Degree) dan ke atas di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.


3. APAKAH HAD UMUR YANG LAYAK UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN PAS INI?

Tiada syarat had umur yang ditetapkan.


4. SIAPAKAH WARGANEGARA YANG DITAWARKAN KEMUDAHAN INI?

Kemudahan ini akan ditawarkan kepada 32 warganegara iaitu:

Amerika Syarikat Arab Saudi Australia Bahrain Belanda Brunei China Denmark Filipina Finland India Indonesia Jerman Jepun Kanada Kemboja Korea Selatan Kuwait Laos Myanmar New Zealand Norway Oman Perancis Qatar Singapura Sweden Switzerland Thailand UAE United Kingdom Vietnam

5. APAKAH SYARAT-SYARAT UNTUK MEMOHON PAS LAWATAN (SOSIAL) GRADUAN?

  • Telah / Akan menamatkan pengajian dengan pembuktian melalui surat pengesahan tamat belajar yang dikeluarkan oleh pihak IPT.
  • Pas Pelajar pemohon masih berlaku sah ketika permohonan dibuat.
  • Memiliki pasport dengan tempoh sahlaku sekurang-kurangnya 18 bulan.
  • Memiliki polisi insuran kesihatan yang masih aktif untuk tempoh 12 bulan.
  • Mengemukakan Personal Bond dengan seorang penaja warganegara Malaysia yang mempunyai pendapatan tidak kurang RM1,500.00.

6. BAGAIMANAKAH UNTUK MEMOHON PAS INI?

Permohonan hendaklah dibuat melalui laman web rasmi EMGS di www.educationmalaysia.gov.my. Permohonan yang lengkap akan diproses di Unit Pas Pelajar, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.


7. BERAPAKAH KADAR BAYARAN PAS INI?

  • RM600.00 bagi Pas Lawatan (Sosial) Graduan.
  • RM600.00 bagi Pas Lawatan (Sosial) bagi setiap tanggungan.
  • Kadar bayaran Multiple Entry Visa (MEV) tertakluk kepada kadar kelayakan negara.

8. APAKAH KEMUDAHAN YANG DIPEROLEHI MELALUI PAS INI?

  • Multiple Entry Visa (MEV) yang memberikan kemudahan keluar masuk negara.
  • Boleh membawa tanggungan yang sedia ada di Malaysia.
  • Boleh melancong kemana-mana di dalam negeri.
  • Boleh menjalani program-program di institusi pendidikan tempatan di Malaysia.
  • Boleh bekerja secara sambilan mengikut perundangan.

9. BERAPAKAH TEMPOH SAHLAKU PAS LAWATAN (SOSIAL) GRADUAN?

12 bulan.


10. ADAKAH PEMEGANG PAS INI LAYAK UNTUK MEMOHON PAS RESIDEN DAN PERMIT MASUK?

Tidak.


11. BOLEHKAH PEMEGANG PAS INI MENUKAR KEPADA PAS JANGKA PANJANG YANG LAIN?

Boleh tetapi tertakluk kepada syarat-syarat sesuatu pas yang sedang berkuat kuasa.


12. ADAKAH PAS INI MEMERLUKAN MEMO PERIKSA KELUAR SETELAH TAMAT TEMPOH SAHLAKU?

Tidak.


13. ADAKAH PAS INI BOLEH DILANJUTKAN TEMPOH SAHLAKU?

Tidak.


14. BERAPA LAMAKAH TEMPOH PROSES KELULUSAN PAS INI?

14 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima oleh pihak JIM.

Skip to content