- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Pembantu Rumah Asing
PEMBANTU RUMAH ASING
NEGARA SUMBER YANG DIBENARKAN
INDONESIA VIETNAM
THAILAND FILIPINA
KEMBOJA LAOS

INDIA SRI LANKA

NEPAL
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
BAKAL PRA MESTILAH :
- Jantina : Perempuan sahaja
- Umur : Tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tahun permohonan
- Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan di negara asal PRA.
- Berada di negara asal semasa permohonan.
- Masuk ke Malaysia menggunakan Visa (Portal MyVISA) setelah permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) diluluskan.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MAJIKAN
- Majikan yang ingin menggaji pekerja asing wajib mendapatkan kelulusan Penggajian Pekerja Asing Di Bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955 secara dalam talian melalui Portal Jabatan Tenaga Kerja (JTK).
https://www.eppax.gov.my/eppax/login
- Majikan terdiri daripada suami dan isteri dan mempunyai :
- Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
- Ibu bapa yang sakit/uzur.
- Berikut merupakan kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber dan bayaran sita :
| BIL. | NEGARA SUMBER | JUMLAH PENDAPATAN MAJIKAN | BAYARAN SITA (PERSONAL BOND) |
| 1. | Indonesia | RM 7,000.00 | RM 250.00 |
| 2. | Filipina | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
| 3. | Sri Lanka | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
| 4. | Thailand | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
| 5. | Kemboja | RM 3,000.00 | RM 250.00 |
| 6. | India | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
| 7. | Laos | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
| 8. | Vietnam | RM 3,000.00 | RM 1,500.00 |
| 9. | Nepal | RM 5,000.00 | RM 750.00 |
- Majikan TIDAK LAYAK memohon jika diisytiharkan muflis oleh pihak berkuasa atau berada di dalam Senarai Syak/ Senarai Hitam Jabatan Imigresen Malaysia
- Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
- Bagi permohonan PRA kedua dan seterusnya, majikan mestilah:
- Mempunyai alasan yang kukuh (disertakan bukti dokumen) ; DAN
- Mempunyai pendapatan bersih sebagaimana jadual berikut :
| BIL. | PERMOHONAN | PENDAPATAN SEBULAN |
| 1. | Pembantu Rumah Asing (PRA) Kedua | Melebihi RM 10,000.00 |
| 2. | Pembantu Rumah Asing (PRA) Ketiga dan seterusnya | Melebihi RM 15,000.00 DAN Kelulusan khas Ketua Pengarah Imigresen (JKRIM) |
SYARAT BAHARU PEKERJA DOMESTIK INDONESIA (PDI) SELARAS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN REPUBLIK INDONESIA DENGAN KERAJAAN MALAYSIA MENGENAI PENGGAJIAN DAN PERLINDUNGAN PEKERJA DOMESTIK INDONESIA
- Kos Kemasukan PDI melalui Agensi Pekerjaan yang dilantik sebanyak RM 15,000.00 (maksimum)
- Kelayakan majikan untuk menggajikan PDI
- Pendapatan isi rumah sebanyak RM 7,000.00
- Bilangan maksimum isi rumah seramai 6 orang
- Kategori PDI yang dibenarkan
- Menjaga rumah & memasak (Housekeeper & Family Cook)
- Menjaga anak (Child Caretaker)
- Menjaga orang tua (Elderly Caretaker)
- Permohonan HENDAKLAH melalui Agensi Pekerjaan Swasta (APS) dan Indonesia Placement Agency (IPA) sahaja
- Gaji minimum bagi PDI RM 1,500.00 sebulan
- Kontrak pekerjaan yang DISAHKAN oleh Kedutaan Besar Pekerjaan Republik Indonesia (KBRI)
- Majikan dibenarkan untuk mendapatkan gantian PDI yang baharu berdasarkan kategori berikut :
| KATEGORI | TEMPOH BERKHIDMAT |
|---|---|
| PDI yang tidak menjalankan tugas sebagaimana yang disyaratkan | 3 bulan |
| PDI yang tidak sesuai | |
| PDI yang melarikan diri | 6 bulan |
- Permohonan PDI bermula 16 OGOS 2022 hendaklah dikemukakan kepada APS melalui prosedur kelulusan Visa Dengan Rujukan (VDR) sahaja
- Permohonan pengambilan PDI bagi kemasukan ke negara ini selepas 15 OGOS 2022 adalah tidak dibenarkan dan majikan dinasihatkan untuk mengemukakan permohonan melalui APS yang dilantik.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN BARU PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA) :
- Borang permohonan PRA
- Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
- Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
- Perjanjian Pekerjaan di antara majikan dan PRA yang dimatikan setem RM10.00
(1 set asal dan 1 set salinan)
- Salinan kad pengenalan majikan (suami dan isteri)
- Salinan pasport PRA
- Laporan perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- Kelulusan Penggajian Pekerja Asing Di Bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955
- Bukti pendapatan tetap suami isteri
- Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU Borang e-BE/ Penyata LHDN yang disah terima beserta slip bayaran
- Sijil perkahwinan
- Pegawai berhak meminta tambahan dokumen lain sekiranya diperlukan
PROSEDUR KEMASUKAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
Fasa 1 – PERMOHONAN DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA
- Permohonan pengambilan PRA boleh dikemukakan melalui 2 cara iaitu :
- Permohonan dikemukakan di kaunter oleh Majikan sendiri (Permohonan Individu) KECUALI bagi permohonan PRA dari INDONESIA DAN FILIPINA.
- Permohonan dikemukakan oleh Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM)
- Indonesia : ePPax – SIPERMIT – myIMMs
- Filipina : ePPax – FWCMS – myIMMs
- Lain-lain : Kaunter
- Bagi permohonan di kaunter, majikan perlu mengisi borang yang diperlukan untuk memohon PRA (boleh dimuat turun pada ”Dokumen Yang Diperlukan Permohonan Pembantu Rumah Asing (PRA)” dan menyediakan segala dokumen sokongan yang diperlukan dengan lengkap.
- Permohonan baru PRA boleh dibuat di Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
- Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan sebarang permohonan yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap/tidak layak akan ditolak daripada diproses
- Majikan/APS perlu membawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan.
Fasa 2 – PENGELUARAN VISA DENGAN RUJUKAN (VDR) DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DAN SEBELUM KEMASUKAN PRA KE MALAYSIA
- Setelah permohonan untuk menggaji PRA diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, majikan perlu membuat bayaran levi, visa, proses dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
- Sila rujuk jadual “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
- Setelah bayaran dibuat, surat kelulusan VDR akan dikeluarkan dalam 3 salinan kepada pihak majikan untuk diberikan kepada :
- Pejabat Kedutaan negara asal PRA di Malaysia
- Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal PRA
- Salinan untuk simpanan majikan
- Satu salinan tambahan untuk permohonan melalui APS
- Setelah menerima surat kelulusan VDR, majikan/APS perlu memohon visa kemasukan PRA melalui portal MyVISA SEBELUM masuk ke Malaysia.
- Setelah memperoleh Visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui pintu masuk yang dibenarkan.
Fasa 3 – SELEPAS KETIBAAN PRA DI MALAYSIA
- Majikan/APS dikehendaki menunggu dan menjemput PRA di pintu masuk yang dibenarkan.
- Pegawai Imigresen di pintu masuk akan memberikan Pas Khas untuk tempoh 30 hari bagi majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan di Pejabat Imigresen yang meluluskan VDR berkenaan.
- Dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA juga, majikan/APS perlu memastikan PRA menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA dalam kadar segera.
Fasa 4 – ENDOSEMEN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA PLKS BAGI PRA DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA SETELAH PEMERIKSAAN KESIHATAN PRA
- PRA DISAHKAN SIHAT (FIT) OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
- Setelah mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan, majikan perlu membawa salinan pasport PRA serta Laporan Pemeriksaan Kesihatan FOMEMA PRA untuk mendapatkan endorsemen Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia.
- Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) adalah pas kerja yang akan diluluskan untuk tempoh 12 bulan bagi PRA yang disahkan sihat oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA.
- Tempoh PLKS akan bermula dari tarikh kemasukan PRA ke Malaysia dan dibenarkan untuk bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada pelekat PLKS berkenaan.
- PRA hanya dibenarkan untuk bekerja dengan majikan dan tempat kediaman sebagaimana yang tercatat di dalam PLKS berkenaan.
- PRA DISAHKAN TIDAK SIHAT (UNFIT) DAN GAGAL PEMERIKSAAN KESIHATAN OLEH KLINIK YANG BERDAFTAR DENGAN FOMEMA
- Sekiranya PRA telah disahkan tidak sihat (unfit) iaitu gagal pemeriksaan kesihatan oleh klinik yang berdaftar dengan FOMEMA, PRA tidak dibenarkan untuk bekerja di Malaysia dan perlu dihantar pulang ke negara asal.
- Majikan/APS perlu hadir ke Pejabat Imigresen yang mengeluarkan VDR dalam tempoh 30 hari daripada tarikh ketibaan PRA di Malaysia untuk memaklumkan kepada pihak Imigresen dan mendapatkan Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) untuk menguruskan penghantaran pulang PRA ke negara asal.
- PROSEDUR LANJUTAN PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA (PLKS) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- Majikan boleh membuat permohonan lanjutan PLKS secara atas talian di portal FWCMS dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat PLKS. https://auth.fwcms.com.my/login?service=https%3a%2f%2ffwcms.com.my%2femp%2f
- Permohonan lanjutan boleh dilakukan majikan sendiri atau melantik mana-mana Agensi Pekerjaaan Swasta (APS) yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
https://jtksm.mohr.gov.my/ms/perkhidmatan/agensi-pekerjaan-swasta/senarai-agensi-pekerjaan-swasta
- PRA perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik yang berdaftar dengan FOMEMA pada setiap tahun serta perlu disahkan sihat sebelum majikan/APS membuat permohonan lanjutan PLKS.
- Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut jenis dan warganegara PRA, bayaran proses dan bayaran untuk PLKS. Sila rujuk jadual “Bayaran Untuk Permohonan PRA” untuk jumlah bayaran.
- Majikan juga perlu memastikan tempoh sah laku pasport PRA adalah TIDAK KURANG daripada 12 bulan.
- Bayaran lanjutan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas kelulusan dilakukan.
- Majikan/APS tidak perlu hadir ke Pejabat Imigresen bagi cetakan pelekat kerana ePASS akan dijana melalui portal FWCMS.
PROSEDUR PENAMATAN PAS LAWATAN (KERJA SEMENTARA) BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- eCOM adalah dokumen yang diperlukan untuk penghantaran pulang PRA ke negara asal. Ia boleh dikeluarkan atas sebab :
- Majikan ingin menamatkan perkhidmatan PRA ;
- PRA tidak mahu lagi bekerja dengan majikan kerana ingin pulang terus ke negara asal;
- PRA gagal pemeriksaan kesihatan (unfit)
- Majikan perlu membuat permohonan Memo Periksa Keluar (eCOM) secara dalam talian melalui portal MyPASS@JIM.
https://imigresen-online.imi.gov.my/mypass/main?logMasuk
- Dokumen yang perlu dimuat naik bagi permohonan eCOM adalah :
- Salinan muka hadapan pasport (Biodata PRA) ; DAN
- Tiket pulang ke negara asal (tarikh tiket mestilah dalam tempoh 30
hari dan tidak melebihi tarikh tamat PLKS)
- Majikan hendaklah memastikan PRA pulang pada tarikh yang ditetapkan melalui Pintu Keluar seperti yang dinyatakan dalam eCOM.
- Sekiranya majikan tidak memohon eCOM, PRA tersebut masih dianggap bekerja dengan majikan dan majikan masih bertanggungjawab terhadap PRA berkenaan.
PROSEDUR TUKAR MAJIKAN BAGI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- PRA dibenarkan bertukar majikan sekiranya PRA tidak sesuai bekerja dengan majikan dalam TAHUN PERTAMA PLKS PRA sahaja.
- Majikan lama perlu memberi persetujuan bertulis bagi membolehkan PRA bertukar ke majikan baru yang layak menggaji PRA dengan mengisi Lampiran A.
- Sekiranya majikan dan pasangannya bercerai, Jabatan Imigresen Malaysia berhak memindahkan nama majikan PRA berkenaan kepada isteri atau majikan baru yang lebih berkelayakan.
- Sekiranya majikan meninggal dunia, maka pasangan atau warisnya perlu melaporkan kepada Pejabat Imigresen untuk tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.
PROSEDUR LAPORAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA) MELARIKAN DIRI DARIPADA MAJIKAN
- PRA boleh dikategorikan sebagai lari daripada majikan dalam keadaan berikut :
- PRA meninggalkan rumah majikan dengan membawa semua barangan peribadi PRA tanpa memaklumkan kepada majikan dengan tujuan melarikan diri.
- PRA tidak kembali ke rumah majikan pada tarikh yang dipersetujui setelah balik ke negara asal.
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan PRA lari daripada majikan.
- Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA bagi kes lari :
- Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) Pembantu Rumah Asing (PRA) yang melarikan diri.
- Salinan kad pengenalan majikan
- Salinan pasport PRA yang melarikan diri (sekiranya ada)
- Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
- Salinan laporan polis yang disahkan.
- PRA yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
- Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond mengikut warganegara yang telah ditandatangani semasa permohonan.
- Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap PRA seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi PRA yang telah melarikan diri daripada majikan.
- Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes PRA lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.
BAYARAN BAGI PERMOHONAN PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- Setelah permohonan diluluskan , majikan perlu menyediakan bayaran secukupnya untuk bayaran levi, PL(KS), visa dan bayaran proses.
- Bayaran perlu dibuat di pejabat yang meluluskan permohonan.
- Cara bayaran adalah seperti berikut :
- Kad Debit/Kad Kredit
- Secara Dalam Talian (Internet Banking)
- Berikut merupakan jenis dan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh majikan bagi permohonan pembantu rumah asing (PRA) :
– RUJUK MAKLUMAT SEDIA ADA PADA PORTAL JIM
TANGGUNGJAWAB MAJIKAN DALAM MENGGAJI PEMBANTU RUMAH ASING (PRA)
- Majikan hendaklah memastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja (tidak termasuk cuci kereta).
- Majikan wajib menyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat, rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
- Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:
- Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
- Puasa bulan Ramadhan
- Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan dengan agama Islam.
- Majikan perlu mengambil maklum bahawa perkara berikut adalah TIDAK DIBENARKAN bagi PRA semasa memegang PLKS :
- PRA tidak dibenarkan berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia semasa memegang PLKS.
- PRA tidak dibenarkan membuat permohonan Permit Masuk semasa memegang PLKS.
- Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
- Lanjutan PLKS hendaklah dimohon dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh tamat PLKS.
- Untuk tujuan lanjutan PLKS atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab :
- Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada pihak Jabatan apabila diminta.
- Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu terakhir setiap bulan.
- Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PLKS adalah di bawah tanggungjawab majikan.
- Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya PRA :
- Meninggal dunia
- Hilang
- Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
- Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.
- Majikan hendaklah mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan sekiranya ingin menghantar pulang PRA ke negara asal.
- Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak untuk membatalkan kelulusan pas yang telah diluluskan.
- Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa untuk memindahkan PRA yang dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.
- Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki untuk memaklumkan kepada Jabatan dan juga pejabat kedutaan negara asal PRA di Malaysia terlebih dahulu.
- Majikan yang telah diberi kelulusan permohonan PRA tetapi gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan disenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.