MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

splwpk-electronic-archive
splwpk-publicising
splwpk-w3c
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-client-charter
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-contact-details
splwpk-procurement
splwpk-online-e-participation

Isnin : Februari 09, 2026 - 6.18 pm

PENGUMUMAN

PERMOHONAN PAS KHAS SECARA ATAS TALIAN UNTUK PAS LAWATAN SOSIAL JANGKA PANJANG DAN PAS LAWATAN IKHTISAS

TERMA & SYARAT 

 

UMUM 

  1. Permohonan eSP hanya dibenarkan bagi warganegara asing yang memegang Pas Lawatan Sosial (PLS) Jangka Panjang dan Pas Lawatan Ikhtisas
    (PLIK) dengan sebab yang munasabah seperti menunggu keputusan permohonan PLSl Jangka Panjang/
    PLIK dan lain-lain sebab yang difikirkan wajar.
  2. Permohonan eSP ini hanya dibenarkan kepada warganegara asing yang berada di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak terpakai bagi warganegara asing yang berada di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.
  3. Pemohon perlu mendaftar (login) di portal eSP sebelum mengemukakan  permohonan. Hanya pemohon yang layak diberikan untuk membuat  permohonan di portal eSP. Bagi pemohon yang tidak layak, pemohon perlu HADIR SECARA FIZIKAL ke Bahagian Visa, Pas dan Permit atau Bahagian Penguatkuasa untuk urusan selanjutnya.
  4. Pemohon perlu memastikan maklumat serta dokumen sokongan yang diisi dan dimuat naik di dalam portal eSP adalah TEPAT DAN BENAR.
  5. Pemohon perlu memastikan dokumen sokongan yang dimuat naik seperti muka depan pasport, akuan penerimaan permohonan dan lain-lain dokumen adalah jelas dan dapat dibaca. Sebarang dokumen sokongan yang tidak jelas dan tidak boleh dibaca akan menyebabkan permohonan ditolak semasa proses pertimbangan permohonan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
  6. Notifikasi emel berkenaan keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari selepas permohonan yang lengkap berjaya dihantar. Proses pertimbangan permohonan adalah tertakluk kepada budi bicara Jabatan  Imigresen Malaysia (JIM).
  7. Pemohon yang diluluskan eSP perlu membuat pembayaran di laman portal (seperti di pautan emel) selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas kelulusan diterima. Pemohon yang gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut akan menyebabkan kelulusan dibatatalkan dan pemohon perlu HADIR MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SEMULA SECARA FIZIKAL di Bahagian Visa, Pas dan Permit atau Bahagian Penguatkuasa untuk urusan selanjutnya.
  8. Pemohon mengakui dan bersetuju bahawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak akan bertanggungjawab kepada sesiapa sahaja yang menuntut atau mendakwa di atas sebarang kerugian, kerosakan secara langsung atau tidak  langsung dalam apa jua keadaan samada kerugian atau keuntungan wang,  kehilangan peluang, kerugian perniagaan atau reputasi yang berkaitan dengan  permohonan dan/atau perkhidmatan eSP.

LAIN-LAIN

  1. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berdasarkan budi bicara dan hak
    mutlak, berhak untuk mengubah, meminda, membatalkan atau menarik balik
    mana-mana atau semua  terma dan syarat yang dinyatakan di sini pada
    bila-bila masa tanpa sebarang notis  awal.
  2. Pemohon dengan ini bersetuju untuk mengakui dan mengesahkan bahawa telah membaca, memahami dan bersetuju untuk akur, terikat dengan semua terma berserta butiran terperinci sebelum mengemukakan permohonan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

  1. Bagaimana untuk membuat permohonan? 

Pemohon boleh melayari laman web www.imi.gov.my dan membuat pendaftaran di dalam Sistem eSP dengan mengisi  semua maklumat yang diperlukan. Hanya pemohon yang layak boleh membuat permohonan eSP. Bagi pemohon yang tidak layak, pemohon perlu hadir secara FIZIKAL di Bahagian Visa, Pas dan Permit.


  1. Apakah dokumen sokongan yang perlu di muat naik semasa permohonan?

 Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  • Muka depan pasport;
  • Surat Akuan Penerimaan (AP) bagi menunggu keputusan permohonan pas jangka panjang;
  • Lain-lain dokumen sokongan dan lain-lain surat yang berkaitan.
  1. Berapakah tempoh permohonan diproses?

Permohonan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari bekerja.


  1. Berapakah tempoh masa untuk urusan pembayaran dibuat selepas  mendapat keputusan? 

Pemohon yang telah diluluskan eSP perlu membuat pembayaran selewat-lewatnya tujuh (7) hari selepas kelulusan.


  1. Adakah saya boleh memohon eSP jika PLS Jangka Panjang/ PLIK telah tamat tempoh?

Tidak boleh. Pemohon boleh membuat permohonan eSP tiga (3) hari sebelum pas semasa tamat. Mana-mana pemohon yang mempunyai PLS Jangka Panjang/ PLIK yang telah tamat tempoh perlu hadir mengemukakan permohonan di mana-mana Pejabat Imigresen yang terdekat dengan alamat kediaman/ keberadaan pemohon.

Skip to content