MAKLUMAN PELAKSANAAN KOD QR MyNIISe DI PINTU MASUK NEGARA
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan melaksanakan salah satu aktiviti Quick Win di bawah Projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Aktiviti ini melibatkan proses pemeriksaan imigresen di lorong kereta menggunakan Kod QR yang dijana melalui aplikasi mudah alih MyNIISe.
🗓️ Tarikh Mula Pelaksanaan: 22 September 2025 dan seterusnya.
📣 Tempoh Promosi & Hebahan: 20 hingga 26 September 2025.
🎥 Video Pengenalan Aplikasi MyNIISe
Saksikan video pengenalan mengenai aplikasi MyNIISe di platform media sosial rasmi kami.
📋 Langkah-langkah Muat Turun & Penggunaan
Untuk panduan lengkap mengenai cara memuat turun dan menggunakan Kod QR, sila rujuk video dan infografik di saluran rasmi kami.
© 2025 Hak Cipta Terpelihara. Jabatan Imigresen Malaysia.