MYHRMIS Mobile

MYHRMIS Mobile

Dasar Privasi

splwpk-procurement
splwpk-Online-E-participation
2023-11-23 08:08:08
Electronic Archive
splwpk-electronic-archive
Online Services HRMIS MyOnline Passport splwpk-online-services ePLKS splwpk-online-services eVOA splwpk-online-services
splwpk-w3c
Alat Kebolehcapaian
splwpk-feedback-form
Feedback Form
Carian Laman
Carian Laman
Feedback Form
splwpk-boradcast
splwpk-about-us
splwpk-news
splwpk-faq
splwpk-client-charter
splwpk-contact-details

Khamis : Mei 09, 2024 - 6.43 am

SOALAN LAZIM

Bahagian Pekerja Asing

Apakah sektor yang melibatkan sijil?
Sektor yang terlibat adalah pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Sekiranya saya membuat urusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara di Negeri Melaka adakah menjadi satu kesalahan?
Tidak, anda boleh melakukan urusan lanjutan PLKS di semua cawangan imigresen seluruh Negara kecuali bagi warganegara Bangladesh yang perlu dilakukan di imigresen Putrajaya sahaja.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat urusan di Imigresen?
Majikan dan wakil syarikat yang dilantik sahaja dibenarkan untuk berurusan di imigresen.

Adakah penggunaan agen dibenarkan?
Tidak, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan akta dan peraturan imigresen Malaysia.

Bagaimanakah jika pekerja saya bertukar ke sektor lain?
Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada KDN terlebih dahulu sebelum memaklumkan ke bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.

Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang tidak datang dilakukan?
Anda perlu mendapatkan pengesahan daripada KLIA bahawa pekerja ini tidak masuk dan melapor ke kaunter imigresen untuk semakan sebelum proses gentian dibenarkan.

Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang gagal ujian FOMEMA dan dihantar pulang?
Anda perlu mendapatkan keputusan daripada FOMEMA yang mengesahkan pekerja tidak sihat dan setelah disertakan bukti tiket dan proses memo periksa keluar, barulah proses gantian dibenarkan.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pasport pekerja saya didapati hilang?
Anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Setelah laporan dibuat barulah melaporkan ke jabatan imigresen untuk proses merekod dan mengemaskini maklumat. Anda perlu membuat pasport baru di kedutaan warganegara.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pekerja saya lari?
Anda perlu membuat memaklumkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan pekerja serta tindakan dapat diambil terhadap pekerja yang lari.

Skip to content