- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Visa
- »
- eVisa
eVISA
Apakah eVISA?
eVISA ialah aplikasi atas talian yang membolehkan warga asing memohon visa elektronik untuk memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.
Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)?
Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan lawatan sosial ialah:
Warganegara | Negara Permohonan |
---|---|
Afghanistan (VDR) Angola Bangladesh Bhutan Burkina Faso Burundi Cameroon Central African Republic Colombia Congo Democratic Republic Congo Republic Djibouti Equatorial Guinea Eritrea Ethiopia Ghana Guinea-Bissau Hong Kong (C.I/D.I) Ivory Coast Kosovo Liberia Mali Montenegro Mozambique Myanmar Nepal Nigeria Niger Pakistan Rwanda Serbia Sri Lanka |
eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Israel dan Korea Utara. |
Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)?
Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan belajar, bekerja dan rawatan perubatan ialah:
Warganegara | Negara Permohonan | ||
---|---|---|---|
Afghanistan Albania Angola Argentina Armenia Austria Azerbaijan Bahrain Bangladesh Belarus Belgium Benin Bhutan Bolivia Bosnia-Herzegovina Brazil Bulgaria Burkina Faso Burundi Kemboja Cameroon Cape Verde Central African Republic Chad Chile China Colombia Comoros Congo Congo Costa Rica Croatia Cuba Czech Republic Denmark Djibouti Mesir El Salvador Equate Guinea Eritrea Estonia Ethiopia Findland Perancis Gabon Georgia |
Jerman Ghana Greece Guatemala Guinea Haiti Honduras Hong Kong SAR/BNO Hong Kong (C.I/D.I) Hungary Iceland IndiaQatar Indonesia Iran Iraq Itali Ivory Coast Jepun Jordan Kazakhstan Kyrgyzstan Kuwait Republic of Kyrgyz Laos Latvia Lebanon Liberia Libya Lithuania Luxembourg Macao SAR Macedonia Madagascar Moldova Mali Mauritania Mexico Monaco Mongolia Montenegro Maghribi Mozambique Myanmar Nepal Nicaragua Niger |
Nigeria Norway Oman Pakistan Palestin Panama Paraguay Peru Filipina Poland Portugal Qatar Romania Rusia Rwanda Sao Tome and Principe Arab Saudi Serbia Sinegal Slovakia Slovenia Somalia Korea Selatan Sepanyol Sri Lanka Suriname Sweden Syria Tajikistan Taiwan Thailand Togo Tunisia Turki Turkmenistan Ukraine Emiriah Arab Bersatu Amerika Syarikat Uruguay Uzbekistan Vatican City Venezuela Vietnam Yaman |
eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Israel dan Korea Utara. |
Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)?
eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong) berlaku untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap pengeluaran dan pemegang eVISA dibenarkan memasuki Malaysia berdasarkan tempoh keberadaan mengikut kelayakan warganegara seperti berikut:
Warganegara | Tempoh Kelayakan Bagi Setiap Kemasukan (Hari) |
---|---|
Afghanistan (VDR) | 30 |
Angola | 30 |
Bangladesh | 30 |
Bhutan | 30 |
Burkina Faso | 30 |
Burundi | 30 |
Cameroon | 30 |
Central African Republic | 30 |
China | 30 |
Colombia | 30 |
Congo Democratic Republic | 30 |
Congo Republic | 30 |
Djibouti | 30 |
Equatorial Guinea | 30 |
Eritrea | 30 |
Ethiopia | 30 |
Ghana | 30 |
Guinea-Bissau | 30 |
Hong Kong (C.I/D.I) | 30 |
India | 30 |
Ivory Coast | 30 |
Kosovo | 30 |
Liberia | 30 |
Mali | 30 |
Montenegro | 30 |
Mozambique | 30 |
Myanmar | 30 |
Nepal | 30 |
Nigeria | 30 |
Niger | 30 |
Pakistan | 30 |
Rwanda | 30 |
Serbia | 30 |
Sri Lanka | 30 |
Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)?
eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme berlaku untuk tempoh enam (6) bulan bagi setiap pengeluaran.
Bagaimana saya hendak bermula?
Untuk pemohon kali pertama, anda dikehendaki klik butang “I’m New” untuk memulakan proses permohonan anda.
Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk klik butang “Returning User”untuk kembali ke akaun anda.
Apakah dokumen yang saya perlukan untuk memohon eVISA?
Berikut adalah dokumen yang perlu diimbas dan dimuatnaik semasa permohonan dilakukan:
- Gambar studio bersaiz pasport terbaharu.
- Muka surat pasport mengandungi biodata pemohon dengan tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas semasa tarikh perjalanan.
- Confirmed returned flight booking.
- Sijil lahir bagi pemohon di bawah umur.
- Bukti penginapan.
- Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.
Apakah proses kelulusan untuk permohonan eVISA?
Setiap permohonan eVISA anda adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dan diproses dalam tempoh dua (2) hingga tujuh (7) hari bekerja. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya permohonan eVISA anda diragui, anda akan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan berkaitan atau dipanggil untuk sesi temuduga oleh pegawai di Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau melalui sidang video.
Adakah saya perlu mencetak eVISA saya?
Ya. Anda akan menerima eVISA (Nota eVISA) anda dalam format cetakan A4 di mana anda dikehendaki untuk mencetaknya. Adalah diingatkan bahawa cetakan eVISA anda adalah amat penting dan ia hendaklah dikemukakan semasa ketibaan anda di pintu masuk Malaysia.
Bagaimanakah saya akan dihubungi untuk permohonan eVISA saya?
Anda dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa notifikasi e-mel daripada kami. Komunikasi perhubungan adalah melalui e-mel.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:
- Pasport / dokumen perjalanan yang sah.
- Cetakan eVISA (Nota eVISA) yang sah.
- Boarding pass.
- Wang sara diri yang mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan semasa anda berada di Malaysia (Tunai / Cek Kembara / Debit atau Kad Kredit / eWallet yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia).
- Tiket penerbangan balik yang disahkan.
- Bukti penginapan.
- Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.
Berapakah kadar bayaran eVISA?
Bil | Jenis Bayaran | Kadar Bayaran |
---|---|---|
1. | Caj Pemprosesan | RM 105.00 |
2. |
Caj Perkhidmatan e-Commerce / Mastercard payment eWallet: Alipay, WeChat Pay dan Union Pay |
0.8% daripada jumlah transaksi 1.7% daripada jumlah nilai transaksi |
Berapakah kadar bayaran fi visa mengikut negara?
Bil. | Negara | Kadar Bayaran |
---|---|---|
1 | Argentina | RM20.15 |
2 | Bolivia | RM11.00 |
3 | Myanmar | RM20.00 |
4 | Brazil | RM17.00 |
5 | Bulgaria | RM21.90 |
6 | Chile | RM24.50 |
7 | P.R China | RM30.00 |
8 | Costa Rica | RM9.00 |
9 | Czech & Slovakia | RM19.30 |
10 | Denmark | RM6.00 |
11 | Republik Dominican | RM12.90 |
12 | Ecuador | RM7.00 |
13 | Finland | RM7.00 |
14 | Perancis | RM12.90 |
15 | Haiti | RM16.00 |
16 | Hungari | RM21.45 |
17 | Indonesia | RM15.00 |
18 | Itali | RM9.50 |
19 | Jepun | Percuma |
20 | Republik Korea Selatan | RM30.00 |
21 | Liberia | RM13.00 |
22 | Mexico | RM17.50 |
23 | Panama | RM14.50 |
24 | Peru | RM20.00 |
25 | Filipina | RM36.00 |
26 | Poland | RM26.20 |
27 | Portugal | RM6.50 |
28 | Arab Saudi | RM17.20 |
29 | Sepanyol | RM11.60 |
30 | Sudan | RM12.90 |
31 | Thailand | Percuma |
32 | Amerika Syarikat | RM6.00 |
33 | Uruguay | RM13.50 |
34 | Venezuela | RM18.00 |
35 | Vietnam | RM13.00 |
36 | India | RM50.00 |
37 | Lain-lain Negara | RM20.00 |
Bagaimana saya boleh merujuk permasalahan yang timbul semasa permohonan eVISA dilakukan?
Anda boleh merujuk permasalahan berkaitan permohonan eVISA melalui butang Live Chat Support di portal eVISA https://malaysiavisa.imi.gov.my yang berfungsi 24 jam sehari 7 hari seminggu.
Di manakah saya boleh mendapatkan lain-lain maklumat mengenai eVISA?
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://malaysiavisa.imi.gov.my
Dikemaskini pada : 11 Disember 2023