Ipoh: Dua wanita warga Vietnam cedera selepas terjun melalui tingkap dari tingkat satu sebuah kondominium di Gunung Rapat, di sini, dalam cubaan melarikan diri selepas diserbu pihak berkuasa, hari ini.
Terdahulu, sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak melakukan pemeriksaan menerusi Op Patuh di beberapa lokasi di bandar raya ini termasuk rumah dihuni wanita terbabit.Pengarah JIM Perak Hapdzan Husaini berkata, berdasarkan maklumat, pihaknya melakukan serbuan ke atas rumah berkenaan selepas disyaki dijadikan ‘port’ perkhidmatan seks.
Menurutnya, ketika diserbu, dua daripada empat wanita itu melarikan diri dengan terjun melalui tingkap, dan mengalami kecederaan lalu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
“Pemeriksaan di dalam rumah itu menemukan kondom dan minyak urut yang disyaki digunakan untuk perkhidmatan seks mereka.
“Siasatan awal mendapati pelanggan perlu membuat janji temu terlebih dahulu melalui aplikasi sebelum datang ke rumah itu dengan bayaran yang dikenakan adalah RM250 sejam.
“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, dalam operasi sama, Hapdzan berkata, seramai 86 warga asing diperiksa dengan 23 daripadanya ditahan untuk siasatan.
Menurutnya, mereka terdiri daripada 16 wanita warga Indonesia, empat wanita Vietnam, dua lelaki Bangladesh dan satu lelaki Myanmar berusia 24 hingga 50 tahun.
Katanya, serbuan dilakukan bermula 12 tengah hari semalam sehingga 2 pagi hari ini di lokasi seperti pasar borong, kediaman, restoran dan kedai serbaneka.

Sumber: HARIAN METRO
Wartawan:Balqis Jazimah Zahari
Tarikh Berita: 03 Julai 2021
Artikel Penuh :