- AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.
- AKRAB juga merupakan penjenamaan semula versi rakan pembimbing, pembimbing rakan sekerja, pegawai khidmat nasihat, pegawai khidmat kaunseling dan pelbagai nama yang merujuk kepada peranan sebagai rakan pembimbing di agensi.
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau AKRAB merupakan nama khusus bagi pegawai yang dilantik sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam PP18/2005.
- AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja kelas pertama dalam perkhidmatan awam.
AKRAB telah mula ditubuhkan pada tahun 1999 sepertimana hebahan di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005. Pekeliling ini telah mengarahkan supaya di setiap kementerian dan jabatan hendaklah menubuhkan Unit Perkhidmatan Kaunseling secara formal dan terancang.