AKRAB Terbilang
Kami rakan pembimbing
Rajin berusaha menuntut ilmu
Bersama kita bersatu
Melatih membimbing membantu
Demi khidmat lebih bermutu
AKRAB… cemerlanglah
AKRAB… gemilanglah
AKRAB… terbilang
AKRAB
Bersihkanlah sucikanlah jiwa raga
Tingkatkan akhlak mulia
Walau ujian datang melanda
Tetap teguh siap sedia
Bersamalah jayakan AKRAB
Ikhlas murni penuh dedikasi
Tandanya mulia hati
Agar ukhwah bersendi budi
Demi agama, bangsa dan pertiwi
Lagu: Fairuz Mohd
Lirik: Panel Lagu BPPs