Pilihan Bahasa:

Visa Dengan Rujukan

Visa Dengan Rujukan (VDR)

  1. Visa Dengan Rujukan (VDR) bermaksud visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara kepada seseorang yang bukan warganegara bagi membolehkan individu berkenaan masuk ke Malaysia selepas visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Imigresen.
  2. Permohonan perlu dikemukakan oleh penaja warganegara Malaysia.
  3. Manakala pemohon mesti berada dinegara asal pada ketika itu.
  4. Permohonan yang tidak lengkap / tidak disertakan dengan bukti secara berdokumen tidak akan diterima.
  5. Jabatan Imigresen Malaysia berhak memohon bukti / dokumen lain jika diperlukan
  6. Senarai semak dokumen yang diperlukan :
    1. Borang Imm.12 (2 salinan) - gambar pemohon hendaklah dilekatkan
    2. Salinan Kad Pengenalan penaja (penaja perlu hadir)
    3. Salinan pasport pemohon (semua muka surat yang bercetak)
    4. Personal Bond / Security Bond (dimatikan setem RM10.00 di LHDN) - Security Bond bagi warganegara China dan Nigeria
    5. Borang Akuan Penaja (dicop Pesuruhjaya Sumpah dari Mahkamah Kerajaan)
    6. Bukti Pendapatan Penaja
      • Penyata gaji 3 bulan terkini - RM2000.00 dan ke atas atau lebih
      • Jika menjalankan perniagaan sendiri, sertakan salinan Lesen Perniagaan / SSM / ROC DAN
      • Penyata Bank Akaun Bank - 3 bulan terkini
    7. Surat Pengesahan Majikan (penaja)
    8. Borang Maklumat Tambahan penaja
    9. Surat Iringan
    10. Bukti pertalian hendaklah dikemukakan dalam bentuk dokumen bagi menerangkan pertalian antara penaja dengan pemohon
    11. Surat Tapisan Keselamatan bagi Warganegara Afganistan dan Pakistan sahaja
    12. Dokumen Tambahan - Sijil Kahwin
    13. Tempoh proses bagi permohonan lengkap adalah tujuh (7) hari bekerja
  7. Maklumat tambahan :
Bil. Kategori Bentuk Dokumen (Salinan)
1. Ibu Bapa Mertua / Kandung Sijil Kahwin, Sijil Lahir Dan Pasport Isteri/Suami Kepada Penaja, Notarial Certificate (Pengesahan Dari Kedutaan Malaysia Di Luar Negara Dan Wisma Putra)
2. Anak Penaja Umur Dibawah 7 Tahun Sijil Lahir Dan Sijil Kahwin Penaja
3. Isteri / Suami Kepada Warganegara Sijil Kahwin
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 25 September 2020.

Jumlah pelawat hari ini: 3084
Jumlah pelawat keseluruhan: 13019208