Pilihan Bahasa:

Cara Memohon Visa

Cara Mohon Visa

Permohonaan visa boleh dibuat di mana-mana Pejabat Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Permohonan juga boleh dilakukan secara dalam talian menerusi Portal eVISA (bagi kategori Pelancong, Ekspatriat, Pelajar dan Pelawat Perubatan dari sepuluh (10) negara iaitu Republik Rakyat China  (RRC), India, Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Myanmar, Bhutan, Serbia dan Montenegro sahaja). Pautan Portal eVISA boleh dilayari melalui www.windowmalaysia.my

1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Pejabat Perwakilan Malaysia) adalah:

  1. Pasport asal
  2. Dua (2) salinan fotostat pasport
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport
  5. Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
  6. Penyata Bank / Cek Kembara
  7. Surat jemputan (jika ada)
  8. Bayaran visa

Nota : Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Pejabat Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:

  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
  2. Pasport asal
  3. Dua (2) salinan fotostat pasport
  4. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  5. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  6. Tiket penerbangan pergi dan balik asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan)
  7. Bayaran visa

Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi kategori pelajar, ekspatriat, tanggungan ekspatriat, ikhtisas dan pekerja asing

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 04 December 2020.

Jumlah pelawat hari ini: 0
Jumlah pelawat keseluruhan: 13449338