Pilihan Bahasa:

eVisa

Apakah eVISA?

eVISA ialah aplikasi atas talian yang membolehkan warga asing memohon visa elektronik untuk memasuki Malaysia dengan lebih mudah dan selesa.

Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)?

Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan lawatan sosial ialah:

Warganegara Negara Permohonan
Afghanistan (VDR) eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Singapura, Israel dan Korea Utara.
Angola
Bangladesh
Bhutan
Burkina Faso
Burundi
Cameroon
Central African Republic
China
Colombia
Congo Democratic Republic
Congo Republic
Djibouti
Equatorial Guinea
Eritrea
Ethiopia
Ghana
Guinea-Bissau
Hong Kong (C.I/D.I)
India
Ivory Coast
Kosovo
Liberia
Mali
Montenegro
Mozambique
Myanmar
Nepal
Nigeria
Niger
Pakistan
Rwanda
Serbia
Sri Lanka

Siapakah yang layak untuk memohon eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)?

Warganegara yang layak memohon eVISA bagi tujuan belajar, bekerja dan rawatan perubatan ialah:

Warganegara Negara Permohonan
Afghanistan Jerman Nigeria eVISA boleh dipohon di seluruh dunia kecuali Malaysia, Singapura, Israel dan Korea Utara.
Albania Ghana Norway
Angola Greece Oman
Argentina Guatemala Pakistan
Armenia Guinea Palestin
Austria Haiti Panama
Azerbaijan Honduras Paraguay
Bahrain Hong Kong SAR/BNO Peru
Bangladesh Hong Kong (C.I/D.I) Filipina
Belarus Hungary Poland
Belgium Iceland Portugal
Benin India Qatar
Bhutan Indonesia Romania
Bolivia Iran Rusia
Bosnia-Herzegovina Iraq Rwanda
Brazil Itali Sao Tome and Principe
Bulgaria Ivory Coast Arab Saudi
Burkina Faso Jepun Serbia
Burundi Jordan Sinegal
Kemboja Kazakhstan Slovakia
Cameroon Kyrgyzstan Slovenia
Cape Verde Kuwait Somalia
Central African Republic Republic of Kyrgyz Korea Selatan
Chad Laos Sepanyol
Chile Latvia Sri Lanka
China Lebanon Suriname
Colombia Liberia Sweden
Comoros Libya Syria
Congo Democratic Republic Lithuania Tajikistan
Congo Republic Luxembourg Taiwan
Costa Rica Macao SAR Thailand
Croatia Macedonia Togo
Cuba Madagascar Tunisia
Czech Republic Moldova Turki
Denmark Mali Turkmenistan
Djibouti Mauritania Ukraine
Mesir Mexico Emiriah Arab Bersatu
El Salvador Monaco Amerika Syarikat
Equate Guinea Mongolia Uruguay
Eritrea Montenegro Uzbekistan
Estonia Maghribi Vatican City
Ethiopia Mozambique Venezuela
Findland Myanmar Vietnam
Perancis Nepal Yaman
Gabon Nicaragua  
Georgia Niger  

Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong)? 

eVISA bagi tujuan Lawatan Sosial (Kategori Pelancong) berlaku untuk tempoh tiga (3) bulan bagi setiap pengeluaran dan pemegang eVISA dibenarkan memasuki Malaysia berdasarkan tempoh keberadaan mengikut kelayakan warganegara seperti berikut:

Warganegara Tempoh Kelayakan Bagi Setiap Kemasukan (Hari)
Afghanistan (VDR) 30
Angola 14
Bangladesh 30
Bhutan 30
Burkina Faso 14
Burundi 14
Cameroon 14
Central African Republic 14
China 30
Colombia 14
Congo Democratic Republic 14
Congo Republic 14
Djibouti 14
Equatorial Guinea 14
Eritrea 14
Ethiopia 14
Ghana 14
Guinea-Bissau 14
Hong Kong (C.I/D.I) 14
India 30
Ivory Coast 14
Kosovo 30
Liberia 14
Mali 14
Montenegro 30
Mozambique 14
Myanmar 30
Nepal 30
Nigeria 14
Niger 14
Pakistan 30
Rwanda 14
Serbia 30
Sri Lanka 30

Berapa lamakah tempoh sah eVISA saya bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme (MHTP)? 

eVISA bagi tujuan Belajar (Kategori Pelajar), Bekerja (Kategori Ekspatriat) dan Rawatan Perubatan (Kategori Pelawat Perubatan) di bawah Malaysia Healthcare Travellers Programme berlaku untuk tempoh tiga (3) bulan bagi setiap pengeluaran.

Bagaimana saya hendak bermula?

Untuk pemohon kali pertama, anda dikehendaki klik butang “I’m New” untuk memulakan proses permohonan anda. 

Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk klik butang “Returning User”untuk kembali ke akaun anda.

Apakah dokumen yang saya perlukan untuk memohon eVISA?

Berikut adalah dokumen yang perlu diimbas dan dimuatnaik semasa permohonan dilakukan:

  • Gambar studio bersaiz pasport terbaharu.
  • Muka surat pasport mengandungi biodata pemohon dengan tempoh sah laku pasport sekurang-kurangnya enam (6) bulan ke atas semasa tarikh perjalanan.
  • Confirmed returned flight booking.
  • Sijil lahir bagi pemohon di bawah umur.
  • Bukti penginapan.
  • Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

Apakah proses kelulusan untuk permohonan eVISA?

Setiap permohonan eVISA anda adalah tertakluk kepada kelulusan oleh Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara dan diproses dalam tempoh dua (2) hari bekerja. Adalah dimaklumkan bahawa sekiranya permohonan eVISA anda diragui, anda akan dikehendaki untuk mengemukakan dokumen sokongan berkaitan atau dipanggil untuk sesi temuduga oleh pegawai di Pesuruhjaya Tinggi / Kedutaan / Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara atau melalui sidang video.

Adakah saya perlu mencetak eVISA saya?

Ya. Anda akan menerima eVISA (Nota eVISA) anda dalam format cetakan A4 di mana anda dikehendaki untuk mencetaknya. Adalah diingatkan bahawa cetakan eVISA anda adalah amat penting dan ia hendaklah dikemukakan semasa ketibaan anda di pintu masuk Malaysia.

Bagaimanakah saya akan dihubungi untuk permohonan eVISA saya?

Anda dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa notifikasi e-mel daripada kami. Komunikasi perhubungan adalah melalui e-mel.

Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:

  • Pasport / dokumen perjalanan yang sah.
  • Cetakan eVISA (Nota eVISA) yang sah.
  • Boarding pass.
  • Wang sara diri yang mencukupi untuk menampung keperluan perbelanjaan semasa anda berada di Malaysia (Tunai / Cek Kembara / Debit atau Kad Kredit / eWallet yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia). 
  • Tiket penerbangan balik yang disahkan.
  • Bukti penginapan.
  • Lain-lain dokumen sokongan berkaitan.

Berapakah kadar bayaran eVISA?

Bil. Jenis Bayaran Kadar Bayaran
1. Caj Pemprosesan RM 105.00
2.

Caj Perkhidmatan

e-Commerce / Mastercard payment

eWallet: Alipay, WeChat Pay dan Union Pay

 

0.8% daripada jumlah transaksi

1.7% daripada jumlah nilai transaksi

Berapakah kadar bayaran fi visa mengikut negara?

Bil. Negara Kadar Bayaran
1. Argentina RM 20.15
2. Bolivia RM 11.00
3. Myanmar RM 20.00
4. Brazil RM 17.00
5. Bulgaria RM 21.90
6. Chile RM 24.50
7. P.R China RM 30.00
8. Costa Rica RM 9.00
9. Czech & Slovakia RM 19.30
10. Denmark RM 6.00
11. Republik Dominican RM 12.90
12. Ecuador RM 7.00
13. Finland RM 7.00
14. Perancis RM 12.90
15. Haiti RM 16.00
16. Hungari RM 21.45
17. Indonesia RM 15.00
18. Itali RM 9.50
19. Jepun Gratis
20. Republik Korea Selatan RM 30.00
21. Liberia RM 13.00
22. Mexico RM 17.50
23. Panama RM 14.50
24. Peru RM 20.00
25. Filipina RM 36.00
26. Poland RM 26.20
27. Portugal RM 6.50
28. Arab Saudi RM 17.20
29. Sepanyol RM 11.60
30. Sudan RM 12.90
31. Thailand Gratis
32. Amerika Syarikat RM 6.00
33. Uruguay RM 13.50
34. Venezuela RM 18.00
35. Vietnam RM 13.00
36. India RM 50.00
37. Lain-lain Negara RM 20.00

Bagaimana saya boleh merujuk permasalahan yang timbul semasa permohonan eVISA dilakukan?

Anda boleh merujuk permasalahan berkaitan permohonan eVISA melalui butang Live Chat Support di portal eVISA https://malaysiavisa.imi.gov.my yang berfungsi 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Di manakah saya boleh mendapatkan lain-lain maklumat mengenai eVISA?

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://malaysiavisa.imi.gov.my

 

Dikemaskini pada : 11 Januari 2022

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 21 January 2022.

Jumlah pelawat hari ini: 4074
Jumlah pelawat keseluruhan: 16643636