Language:

Soalan Lazim

Umum

Pertanyaan Umum mengenai Jabatan Imigresen Malaysia:

Wujudkah kaunter khas bagi orang-orang Cacat?
Jabatan mempunyai kaunter khas buat orang tua, orang cacat anggota dan ibu-ibu mengandung. Bagi golongan istimewa (cacat anggota badan), beliau perlulah mendapatkan pengesahan dari Badan Kebajikan Masyarakat atau surat pengesahan daripada pakar perubatan Hospital Kerajaan.

Saya diberitahu Jabatan Imigresen tidak menerima gambar segera (instant) yang diambil di kedai-kedai gambar. Apakah kenyataan ini betul?
Ya, sebab dikhuatiri mutu gambar yang digunakan tidak menepati kehendak Jabatan.

Saya seorang warganegara Nigeria dan telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia. Saya ingin bekerja dan menetap bersama isteri di Malaysia. Saya ingin mendapat kepastian samada terdapat kemudahan bagi golongan seperti saya dan syaratnya?
Boleh. Suami/isteri adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar Pas Lawatan Sosial jangka panjang kepada pas tanggungan dengan syarat mendapat kelulusan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Mengenai Pasport Malaysia

Pertanyaan Mengenai Pasport Malaysia Antarabangsa

Ahli keluarga saya telah meninggal dunia dan memiliki Pasport Malaysia Antarabangsa. Bagaimanakah caranya untuk membatalkan pasport beliau?
Waris boleh hadir di mana-mana Pejabat Imigresen berdekatan untuk memohon pembatalan PMA tersebut dengan membawa bersama PMA, Sijil Kematian berserta surat iringan permohonan pembatalan pasport.

Semasa saya memohon PMA di kaunter imigresen, saya dimaklumkan nama saya telah disenarai hitam dan permohonan tidak dapat diproses seterusnya saya tidak dapat ke luar negara. Apakah yang perlu saya lakukan?
Anda perlu mendapatkan maklumat berkaitan sebab-sebab disenarai hitam daripada pegawai bertugas. Pegawai akan memaklumkan sebab-sebab nama anda disenarai hitam dan akan menasihatkan apa yang perlu anda lalukan berdasarkan maklumat dalam senarai hitam Jabatan.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya kehilangan PMA di luar negara?
Anda perlu melaporkan kehilangan PMA tersebut kepada pihak polls di negara berkenaan dan membawa laporan polls ke Pejabat Perwakilan Malaysia yang berhampiran untuk pertimbangan gantian PMA baharu atau dikeluarkan Sijil Perakuan Cemas untuk pulang ke Malaysia.

Bolehkah saya memasukkan maklumat anak saya di dalam PMA milik saya?
Tidak boleh. PMA dikeluarkan secara individu.

Saya telah kehilangan PMA (dalam negara). Apakah tindakan yang perlu diambil?
Sekiranya PMA masih mempunyai sah laku anda perlu membuat laporan polls berkaitan kehilangan PMA tersebut. Bawa laporan polls ke pejabat imigresen berhampiran untuk pertimbangan gantian. Jika PMA yang hilang telah tamat tempoh, laporan polls tidak diperlukan untuk permohonan gantian.

Saya seorang pesara dan berumur 60 tahun. Bolehkah saya mendapat kadar separuh harga bagi PMA?
Ya boleh. Kadar bayaran PMA untuK warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah RM100.00 sahaja.

Saya sekarang bekerja dan menetap di luar negara. Bagaimana caranya untuk memperbaharui PMA saya yang akan tamat tempoh?
Anda boleh mengemukakan permohonan gantian PMA di Pejabat Perwakilan Malaysia berhampiran dengan mengisi borang permohonan PMA (boleh dimuat turun daripada Portal Jabatan Imigresen Malaysia). Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan gantian apabila PMA anda berbaki enam bulan sebelum tamat tempoh. Permohonan yang diterima akan di proses di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan mengambil masa 3 — 4 bulan untuk serahan semula ke Pejabat Perwakilan di luar negara.

Walau bagaimanapun, sekiranya anda menetap atau tinggal berdekatan Pejabat Perwakilan Malaysia seperti di Singapura, London, New York, Hong Kong, Melbourne, Jakarta dan Jeddah, permohonan akan terus diproses di sana tanpa dihantar ke Malaysia.

Saya sepatutnya menaiki penerbangan MH 107 dari KLIA ke Hong Kong, semasa pemeriksaan di kaunter imigresen, pegawai bertugas telah menahan pasport saya dan tidak membenarkan saya berlepas. Apo yang perlu saya lakukan dan kenapa pasport saya ditahan?
Sekiranya anda tidak dibenarkan berlepas dan PMA anda ditahan, nama anda mungkin telah disenarai hitam atas permintaan oleh mana-mana agensi seperti PDRM, KDRM, LHDN dan lain-lain untuk tidak membenarkan anda meninggalkan negara. Anda akan dirujuk kepada agensi berkenaan untuk urusan selanjutnya. Bagi mengelak risiko tidak dibenarkan berlepas di pintu keluar, anda dinasihatkan untuk membuat semakan perjalanan melalui Portal Jabatan Imigresen Malaysia iaitu Semakan Status Kawalan Imigresen Untuk Warganegara Malaysia —Blacklist (SSPI).

Saya mempunyai seorang anak angkat dan ingin membawa ke luar negara bersama-sama saya. Apakah prosedur untuk memohon pasport bagi anak angkat?
Syarat utama adalah ibu/ bapa angkat perlu mendapat hak penjagaan yang sah mengikut undang-undang iaitu mempunyai Sijil Pengangkatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau hak penjagaan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya anak angkat tersebut diambil melalui JKM. Sekiranya memiliki dokumen tersebut, proses permohonan PMA untuk kanak-kanak tersebut boleh dibuat mengikut syarat-syarat biasa.

Sila layari Portal Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapat maklumat terperinci berkaitan permohonan PMA.

Mengenai Visa, Pas, Permit

Pertanyaan Mengenai Visa, Pas dan Permit

Kenalan saya dari luar negara ingin mendapatkan rawatan di hospital pakar di Malaysia dan ingin tahu berapa lamakah beliau dibenarkan untuk berada di negara ini?
Warga asing yang ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital pakar boleh mendapat kemudahan lanjutan Pas Lawatan (Sosial) secara 6 bulan ke 6 bulan.

Ibu mertua saya yang sudah berusia 65 tahun dari Indonesia datang ke Malaysia untuk melawat kami sekeluarga. Bolehkah Pas Lawatan (Sosial) nya dilanjutkan bagi tempoh lebih lama kerana mahu menjaga isteri saya yang baru melahirkan anak?
Orang tua berumur 60 tahun ke atas boleh mendapat kemudahan lanjutan Pas Lawatan (Sosial) secara 6 bulan ke 6 bulan.

Semasa saya belajar di United Kingdom, saya telah berkahwin dengan seorang warganegara China dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang yang kini telah berusia 6 tahun dan memegang Pasport British. Saya telah bercerai dengan suami saya dan mendapat hak penjagaan ke atas anak. saya baru kembali ke Malaysia bersama-sama anak, tetapi anak saya telah diberi Pas Lawatan (Sosial) selama satu bulan sahaja. Bolehkah tempoh pas lawatan anak saya dilanjutkan bagi tempoh jangka panjang?
Status anak kepada Warganegara Malaysia melayakkan anak puan memohon lanjutan tempoh Pas Lawatan (Sosial) untuk tempoh 6 bulan ke 6 bulan.

Apa yang perlu dibuat oleh pemegang Permit Masuk jika ingin meninggalkan Malaysia?
Pemegang Permit Masuk perlu memohon notis pengesahan Permit Masuk di Pejabat Immigresen Negeri.

Berapakah kadar bayaran bagi Permit Masuk? Bolehkah dibayar secara tunai?
RM120.00 dalam bentuk Wang Pos atau Bank Deraf atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

Di manakah permohonan Permit Masuk boleh dikemukakan?
Di pejabat Imigresen Negeri di seluruh Malaysia kecuali Ibu Pejabat Imigresen.

Bagaimanakah cara memohon Permit Masuk bagi isteri saya?
Isteri tuan layak memohon Permit Masuk jika telah memenuhi syarat tinggal bersama suami secara berterusan atas Pas Lawatan (Sosial) di Malaysia bagi tempoh lima (5) tahun. Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:
  1. Borang Imm.4
  2. 3 keping gambar pemohon (isteri)
  3. keping gambar suami (sebagai penaja)
  4. Salinan sijil nikah / sijil daftar perkahwinan
  5. Salinan pasport pemohon (isteri) yang digunakan sejak memasuki Malaysia sehingga sekarang
  6. Salinan pasport suami sekiranya berkahwin di luar negara
  7. Salinan kad pengenalan suami, sijil lahir suami dan sijil warganegara suami (jika berkaitan)
  8. Salinan sijil lahir / pasport / dokumen perjalanan anak-anak jika ada
  9. Salinan sijil kahwin di negara asal (jika berkaitan)
  10. 1 keping gambar perkahwinan
  11. 1 keping gambar keluarga
  12. Kad jemputan / undangan perkahwinan
Berapa lamakah perlu isteri saya menunggu untuk mendapatkan kelulusan Permit Masuk?
Kelulusan Permit Masuk adalah hak Kerajaan Malaysia yang merupakan anugerah tertinggi oleh Kerajaan kepada orang asing yang layak memohon. Proses kelulusan tidak terikat kepada tempoh tertentu.

Isteri saya seorang warga asing dan ingin tinggal bersama saya di Malaysia. Saya telah dinasihatkan untuk memohon Permit Masuk bagi isteri saya. Apakah Permit Masuk itu kerana isteri saya sudah masuk ke Malaysia dan tinggal bersama saya atas Pas Lawatan (Sosial) yang dicop setiap tahun?
Permit Masuk adalah suatu dokumen (Imm.5) yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4, Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63. Permit Masuk membolehkan seseorang itu masuk dan menetap tanpa had di Malaysia dan seterusnya adalah berstatus Penduduk Tetap / Pemastautin Tetap. Setelah mendapat Permit Masuk, isteri tuan bolehlah memohon Kad Pengenalan diri di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Mengenai Pekerja Asing Dan Pembantu Rumah Asing

Pertanyaan Mengenai Pekerja Asing dan Pembantu Rumah Asing

Apakah sektor yang melibatkan sijil?
Sektor yang terlibat adalah pembinaan, perladangan dan perkilangan.

Sekiranya saya membuat urusan melanjutkan pas lawatan kerja sementara di Negeri Melaka adakah menjadi satu kesalahan?
Tidak, anda boleh melakukan urusan lanjutan PLKS di semua cawangan imigresen seluruh Negara kecuali bagi warganegara Bangladesh yang perlu dilakukan di imigresen Putrajaya sahaja.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk membuat urusan di Imigresen?
Majikan dan wakil syarikat yang dilantik sahaja dibenarkan untuk berurusan di imigresen.

Adakah penggunaan agen dibenarkan?
Tidak, ia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut peruntukan akta dan peraturan imigresen Malaysia.

Bagaimanakah jika pekerja saya bertukar ke sektor lain?
Anda perlu mendapatkan kebenaran daripada KDN terlebih dahulu sebelum memaklumkan ke bahagian pekerja asing Jabatan Imigresen.

Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang tidak datang dilakukan?
Anda perlu mendapatkan pengesahan daripada KLIA bahawa pekerja ini tidak masuk dan melapor ke kaunter imigresen untuk semakan sebelum proses gentian dibenarkan.

Bagaimanakah proses gantian pekerja asing yang gagal ujian FOMEMA dan dihantar pulang?
Anda perlu mendapatkan keputusan daripada FOMEMA yang mengesahkan pekerja tidak sihat dan setelah disertakan bukti tiket dan proses memo periksa keluar, barulah proses gantian dibenarkan.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya passport pekerja saya didapati hilang?
Anda perlu membuat laporan polis terlebih dahulu. Setelah laporan dibuat barulah melaporkan ke jabatan imigresen untuk proses merekod dan mengemaskini maklumat. Anda perlu membuat passport baru di kedutaan warganegara.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pekerja saya lari?
Anda perlu membuat memaklumkan Jabatan Imigresen untuk menyenaraihitamkan pekerja serta tindakan dapat diambil terhadap pekerja yang lari.

Mengenai Pas Penggajian

Pertanyaan Mengenai Pas Penggajian

Apakah jenis dokumen tambahan yang diperlukan bagi permohonan lanjutan?
Bagi permohonan lanjutan sila sediakan:-

i. Salinan penyata gaji (3 bulan yang terkini)
ii. Salinan resit pembayaran cukai pendapatan pegawai dagang
iii. Borang DP4 dikepilkan bersama salinan slip pembayaran KWSP

Salinan perlu disahkan oleh pengurusan syarikat.

Apakah jenis dokumen yang diperlukan untuk permohonan rayuan JKPD?

i. Surat kuasa syarikat
ii. Borang DP10 yang lengkap diisi
iii. Surat rayuan permohonan syarikat yang menerangkan mengenai aktiviti syarikat dan justifikasi jawatan
iv. Surat/dokumen sokongan dari majikan/syarikat bagi bidang/aktiviti berkaitan

Apakah Jenis pas yang dikeluarkan kepada Tanggungan?

i. Pas Tanggungan:

a. Isteri/suami kepada pegawai dagang
b. Anak pegawai dagang dibawah umur 21 tahun
c. Anak angkat yang sah
d. Anak cacat

ii. Pas Lawatan Sosial:

a. Ibubapa pegawai dagang
b. Common law wife (yang disahkan oleh kedutaan)
c. Anak berumur lebih 21 tahun
d. Anak tiri

iii. Pas Lawatan Sosial (Jangka Panjang):

a. Suami/isteri kepada pegawai dagang (Pemegang pas lawatan kerja sementara)
b. Anak yang berumur lebih daripada 21 tahun
c. Semua permohonan perlu mengemukakan bukti pertalian yang disahkan oleh kedutaan/mahkamah

Bolehkah isteri pegawai dagang bekerja?
Boleh. Suami/isteri kepada pegawai dagang yang memegang Pas Tanggungan adalah dibenarkan bekerja tanpa perlu menukar pas tanggungan mereka kepada pas kerja yang berkaitan dengan syarat mendapat endorsan kebenaran bekerja dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Apakah yang perlu ada dalam kontrak kerja?

i. Jawatan
ii. Tempoh kontrak
iii. Gaji
iv. Tandatangan majikan dan pegawai dagang

Saya memiliki Sarjana Sains Kejuruteraan dan berminat untuk bekerja di Malaysia. Bagaimana syarat-syarat dan prosedur untuk mengemukakan permohonan?
Tuan terlebih dahulu telah mendapat tawaran untuk bekerja di Malaysia dan permohonan tuan perlu dipohon oleh majikan tuan. Tuan hanya dibenarkan masuk ke Malaysia setelah permohonan diluluskan.

Mengenai Depot Dan Pengusiran

Pertanyaan Mengenai Depot dan Pengusiran

Apakah yang perlu saya buat untuk melawat orang kena tahan di dalam depot?
Anda perlu mendapat surat kebenaran dari pegawai imigresen sebelum anda pergi berjumpa dengan mereka di depot. Kes yang berlaku di Lembah Klang perlu merujuk ke Bahagian Pengurusan Depot dan Pengusiran, Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya manakala yang lain perlu merujuk ke Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen mengikut negeri.

(Maklumat yang lengkap seperti nombor badan orang kena tahan atau no siri laporan polis akan membantu anda dalam proses mencari orang)

Di manakah orang yang kena tahan akan ditahan setelah mereka diberi arahan untuk diusir?
Mereka akan di tahan di depot setelahg di beri arahan untuk diusir. Terdapat 13 depot di Malaysia (11 di Semenanjung Malaysia dan 2 di Sarawak).
Imigresen Qrcode
Last Update: 24 July 2021.

Visitors today: 788
Total Visitors: 14923381