- Utama
- »
- Perkhidmatan Utama
- »
- Visa
- »
- eVisa
- »
- eNTRI BAGI WARGA CHINA
eNTRI BAGI WARGA CHINA
Apakah eNTRI?
Electronic Travel Registration &Information (eNTRI) merupakan kemudahan pendaftaran dalam talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan kemasukan warga PRC yang tinggal di Tanah Besar China ke Malaysia di bawah Program Pengecualian Visa. Nota eNTRI akan dikeluarkan sebagai bukti pendaftaran dan di perlu di kemukakan semasa ketibaan di Malaysia.
Siapakah yang boleh memohon eNTRI?
Semua warganegara China dari tanah besar China SAHAJA, tidak termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.
Berapa lamakah saya boleh berada di Malaysia dengan eNTRI?
Pemegang eNTRI boleh berada di Malaysia maksimum15 hari untuk setiap lawatan. Setiap permohonan hanya boleh digunakan sekali sahaja. Tempoh berada di Malaysia tidak boleh dilanjutkan.
Bagaimana saya hendak bermula?
- Untuk pemohon kali pertama, anda dikehendaki mengklik butang “I’m New” untuk memulakan proses permohonan anda.
- Untuk pemohon yang telah berdaftar, anda dikehendaki untuk mengklik butang “Returning User” untuk kembali ke akaun anda.
Apakah terma dan syarat untuk eNTRI?
- Setelah selesai pendaftaran, pemohon dikehendaki mencetak Nota eNTRI, dan ia mestilah dikemukakan semasa ketibaan di Malaysia.
- Kemudahan eNTRI boleh dipohon bermula dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2017 bagi semua warga China dari Tanah Besar China SAHAJA tidak termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan.
- Pemohon dengan penerbangan terus dari Tanah Besar China ke Malaysia melalui pilihan-pilihan berikut

Melalui udara
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah
- Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak
- Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah
- Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

Melalui darat
- Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor
- Bangunan Sultan Iskandar, Johor
- Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis
- Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah
- Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Sarawak
- Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak
- Pemohon denganpenerbangan terus atau transit dari Singapura, Thailand atau Brunei ke Malaysiamelalui pilihan-pilihan berikut:

Melalui udara
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Sepang (KLIA & KLIA 2)
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi, Kedah
- Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam, Melaka
- Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Bahagian Pertama, Sarawak
- Lapangan Terbang Miri, Bahagian Keempat, Sarawak
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Sabah
- Lapangan Terbang Labuan, Wilayah Persekutuan

Melalui darat
- Pos Kawalan Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, Tanjung Kupang, Johor
- Bangunan Sultan Iskandar, Johor
- Pos Kawalan Imigresen Padang Besar, Perlis
- Pos Kawalan Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah
- Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujuh, Sarawak
- Pos Kawalan Imigresen Tedungan, Limbangan, Sarawak
- Pemohon dengan penerbangan selain daripada pilihan di atas dan berlepas dari Hong Kong, Macau, Taiwan atau lain-lain negara ke dalam Malaysia adalah tidak dibenarkan.
- Semua pemohon hanya dibenarkan keluar dari Malaysia melalui penerbangan terus ke tanah besar China atau penerbangan transit melalui Singapura, Thailand dan Brunei sahaja.
Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa tiba di pintu masuk Malaysia?
Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan semasa tiba di pintu masuk Malaysia:
- Cetakan eNTRI
- Pas Boarding
- Dana yang mencukupi (Cash/Debit atau Kad Kredit dengan logo UnionPay/Travelers Daftar)
- Tiket penerbangan balik yang telah disahkan.