Pilihan Bahasa:

Kemudahan Visa On Arrival (VOA)

Kemudahan Visa on Arrival (VOA)

Visa On Arrival (VOA) merupakan kemudahan visa semasa ketibaan kepada pelancong warganegara Republik Rakyat China (RRC) dan India sahaja. Warganegara China dan India yang masuk ke Malaysia melalui pintu-pintu masuk yang telah diwartakan boleh menikmati kemudahan VOA tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat seperti berikut:

BIL.PERKARA
1. Transit dari negara
  • Singapura
  • Thailand
  • Indonesia; dan
  • Brunei
2. Tempoh keberadaan 15 hari tanpa pelanjutan
3. Syarat wang tunjuk

Bersamaan dengan USD500 dalam bentuk :

  • Tunai
  • Cek Kembara
  • Kad Kredit / Debit atau eMoney (diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia)
4.

Kadar bayaran

RM 200
5.

Tiket

Confirmed return ticket
6.  Pintu masuk yang diwartakan

Pintu-pintu masuk yang menawarkan kemudahan VOA adalah seperti berikut :

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2)
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, Johor
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah
  • Lapangan Terbang Miri, Sarawak
  • Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor
  • Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bahru, Johor
  • Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh, Sarawak
  • Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam, Kedah
  • Pos Kawalan Imigresen, Terminal Feri Antarabangsa, Labuan
7. Syarat kemasukan
  • VOA yang dikeluarkan bukanlah merupakan satu jaminan mutlak bahawa pelawat asing tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini.
  • Kemasukan pelawat asing tersebut masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa dan keputusan akhir tertakluk kepada budi bicara Pegawai Imigresen di Pintu Masuk.
Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 24 January 2020.

Jumlah pelawat hari ini: 7821
Jumlah pelawat keseluruhan: 18413591