Pilihan Bahasa:

Pas Sempadan Malaysia - Thailand

1. Tujuan

Dokumen ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang lahir atau bermastautin tetap melebihi satu (1) tahun di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Daerah Hulu Perak (Pengkalan Hulu, Grik dan Lenggong) sahaja.

2. Had Perjalanan

Pas ini hanya sah untuk perjalanan dari negeri-negeri sempadan ke selatan Thailand iaitu Wilayah Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani.

3. Tempoh Sahlaku

Satu (1) tahun dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya.

4. Kelayakan Memohon

  1. Warganegara Malaysia kelahiran negeri Kedah, Perlis, Kelantan & Hulu Perak.
  2. Warganegara Malaysia yang telah menetap di negeri sempadan lebih satu (1) tahun. (Dibuktikan melalui alamat pada Kad Pengenalan)
PemohonSyarat-syarat
Berumur 12 tahun ke bawah 1. Satu (1) keping gambar
    a. Berlatar belakang putih
    b. Rambut tidak menutupi dahi
    c. Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)

2. Borang Permohonan
3. Sijil Lahir / Surat Beranak

*Mengiringi ibu atau bapa
Berumur 18 tahun ke bawah 1. Satu (1) keping gambar
    a. Berlatar belakang putih
    b. Rambut tidak menutupi dahi
    c. Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)

2. Borang Permohonan
3. Kad Pengenalan
4. Sijil Lahir / Surat Beranak
5. Borang A1/B1 – borang izin ibu/bapa
6. Pas Sempadan lama (jika ada)
Berumur 18 tahun ke atas 1. Satu (1) keping gambar
    a. Berlatar belakang putih
    b. Rambut tidak menutupi dahi
    c. Tudung berwarna gelap (wanita muslimah)

2. Borang Permohonan
3. Kad Pengenalan
4. Pas Sempadan lama (jika ada)

*Suami isteri perlu memohon Pas Sempadan secara berasingan

5. Bayaran

RM 10.00

Imigresen Qrcode
Kemaskini terakhir: 23 October 2019.

Jumlah pelawat hari ini: 522
Jumlah pelawat keseluruhan: 17515972