Language:

Pas

Cara Memohon Visa

Cara Mohon Visa

Permohonaan visa hendaklah dibuat di mana-mana Perwakilan Malaysia di seberang laut yang berdekatan. Pelancong daripada negara-negara komanwel berada di negara bukan Komanwel boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kemukakan permohonan di Suruhanjaya Tinggi British/United Kingdom. Permohonan juga boleh dilakukan secara online menerusi Sistem I-Visa (hanya untuk pelancong dari India dan China sahaja).

1. Permohonan Visa Tanpa Rujukan (VTR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Tanpa Rujukan (kelulusan visa diberi oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia) adalah:
  1. Pasport asal
  2. Dua (2) salinan fotostat pasport
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
  6. Penyata bank / traveller's cheques
  7. Surat jemputan (jika ada)
  8. Bayaran visa
Nota :Visa Tanpa Rujukan diperlukan bagi tujuan lawatan sosial

2. Permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR)

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan Visa Dengan Rujukan (visa akan dikeluarkan setelah pemohonan dirujuk dan diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia / Agensi Berkuasa) adalah:
  1. Surat kelulusan asal Jabatan Imigresen Malaysia / agensi berkuasa dan dua (2) salinan fotostat
  2. Pasport asal
  3. Dua (2) salinan fotostat borang permohonan visa (Form IMM.47)
  4. Dua (2) keping gambar berukuran pasport pemohon
  5. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat (disahkan dan tiket penerbangan balik)
  6. Tiket penerbangan asal dan dua (2) salinan fotostat
  7. Bayaran visa
Nota: Visa Dengan Rujukan diperlukan bagi pas pelajar, pas bekerja, pas tanggungan dan pas lawatan profesional

Pas Pelajar

Semua permohonan Pas Pelajar Antarabangsa (Universiti Awam (UA),IPTS,Pusat Bahasa dan Pusat Kemahiran) hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui Portal Education Malaysia Global Services (EMGS).

 

Prosedur Permohonan Pas Pelajar Kategori Sekolah (Awam,Swasta,Antarabangsa)

Setiap warganegara asing yang ingin belajar di Malaysia perlu memohon Pas Pelajar.

  • Warganegara asing yang dibenarkan belajar di Sekolah perlu mendapatkan surat sokongan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.Bagi kategori Sekolah Antarabangsa perlu memperolehi kebenaran pengambilan pelajar antarabangsa dari Kementerian Dalam Negeri.
  • Permohonan baru Pas Pelajar boleh dikemukakan dimana-mana Pejabat Imigresen Negeri yang berdekatan.
  • Bagi permohonan lanjutan Pas Pelajar, permohonan dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri dimana permohonan awal di pohon.

Bayaran

  1. Pas Pelajar – RM60.00 setahun atau sebahagian daripadanya.
  2. Visa – kadar dikenakan mengikut negara tetapi tidak melebihi RM50.00 bagi setiap visa yang dikeluarkan.

Cara Mohon Pas Pelajar

Permohonan Pas Pelajar dikemukakan oleh Sekolah dan pelajar dibenarkan berada di Malaysia semasa mengemukakan permohonan Pas Pelajar dengan syarat telah mendapat surat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dokumen untuk memohon Pas Pelajar

  1. Surat sokongan dari agensi kawalselia yang berkaitan (Kementerian Pendidikan Malaysia / Pejabat Pendidikan Negeri / Daerah).
  2. Surat tawaran daripada Sekolah kepada pemohon.
  3. Surat permohonan pas pelajar daripada Sekolah kepada Jabatan Imigresen Malaysia.
  4. Dua (2) set borang Imm.14.
  5. Dua (2) salinan pasport / dokumen perjalanan pemohon.
  6. Dua (2) keping gambar berukuran 3.5 cm x 5 cm.
  7. Borang ‘Personal Bond’ yang telah dimatikan setem.

Kemudahan Yang Diberi Kepada Pemegang Pas Pelajar

  1. Ibu/bapa kepada pemegang pas pelajar dan adik kandung di bawah umur 7 tahun boleh mengiringi pemegang Pas Pelajar(Principal) sepanjang tempoh pengajian dengan diberi pas lawatan sosial selama 12 bulan atau mengikut tempoh sah laku pas pelajar mengikut mana yang lebih singkat. Kadar bayaran yang dikenakan sebanyak RM90.00.
  2. Pemohon juga diberi kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) bagi memudahkan mereka berulang-alik ke negara mereka sepanjang mengikuti pengajian di negara ini

Dokumen Pas Pengiring bagi Ibu/Bapa/adik kandung dibawah umur 7 tahun kepada Pemegang Pas Pelajar

  1. Borang Imm.55.
  2. Borang Imm.38.
  3. Salinan pasport pemegang pas pelajar.
  4. Salinan pasport pemohon beserta dengan pas lawatan (sosial) yang masih sah.
  5. Salinan pasport pemegang Pas Pelajar (mukasurat biodata dan pas terkini).
  6. Surat pengesahan belajar daripada pihak institusi pengajian (Sekolah).
  7. Polisi Insurans kesihatan pemohon bagi tahun semasa yang sah tempoh.
  8. Personal Bond (dimatikan Setem Hasil RM10.00) bagi setiap pemohon.
  9. Bukti Pertalian yang disahkan oleh Kedutaan/Perwakilan /Pejabat Suruhanjaya Tinggi (asal dan Salinan):
    1. Sijil Perkahwinan (isteri/suami).
    2. Sijil Kelahiran (anak).
    3. Surat Hak Penjagaan Anak/Sijil Anak Angkat(untuk anak tiri/anak angkat sahaja).
    4. Sijil Kelahiran pemegang pas pelajar (bagi permohonan untuk ibu dan bapa kandung).*bagi Warganegara China (PRC) perlu mendapatkan pengesahan pertalian dari Pejabat Perwakilan Malaysia di China.
  10. Bukti Sara diri (ibu/bapa) yang mencukupi (cth: Salinan Akaun Bank-(dalam Negara/Luar Negara) /Salinan Akaun Kad Kredit/Salinan Perjanjinan Sewa/Salinan Geran Kereta/bukti-bukti sara diri yang lain).

Info Tambahan

Piagam Pelanggan.

7 hari bekerja.

Dokumen Sokongan Tambahan
Keperluan NOC (No Objection Certificate)

  • Pelajar-pelajar dari negara-negara Sub-Saharan Afrika, yang ditaja oleh Kerajaan atau sebaliknya menggunakan kelayakan akademik negara berkenaan hendaklah mengemukakan Sijil NOC (No Objection Certificate) selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Urusan Pekerja Asing dan Pembantu Rumah

Urusan Pembantu Rumah Asing (PRA)
Urusan Tempoh
Permohonan lanjutan PL(KS) Hari yang sama
Pengeluaran PL (KS) Hari yang sama
Memo Periksa Keluar Hari yang sama
Laporan PRA lari Hari yang sama
Pas Khas Hari yang sama
Tukar PRA/ Gantian Konsulat 24 jam
Permohonan PRA (Baru/ Gantian) 3 hari bekerja
Permohonan PRA Kedua dan selebihnya 7 hari bekerja
Permohonan PRA Tukar Majikan 7 hari bekerja
Rayuan Permohonan PRA 7 hari bekerja
Kes Kehilangan Pasport Hari yang sama
Urusan Pekerja Asing Sektor-Sektor Lain
Urusan Tempoh
Permohonan lanjutan PL(KS) Hari yang sama
Pengeluaran PL (KS) Hari yang sama
Memo Periksa Keluar 3 hari bekerja
Permohonan VDR 24 jam
Pas Khas 3 hari bekerja
Pertukaran majikan 14 hari bekerja
Laporan Pekerja Lari Hari yang sama
Kes Kehilangan Pasport 7 hari bekerja
Perhatian : Piagam Pelanggan ini hanya terpakai dalam keadaan biasa tidak termasuk permohonan yang tidak lengkap, bermasalah atau perlu rujukan lanjut.
Imigresen Qrcode
Last Update: 28 January 2020.

Visitors today: 1569
Total Visitors: 18449452