AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 9:40 am

Taklimat Promosi Pemasaran dan Perkhidmatan Kaunter Bergerak Tabung Haji-27 Februari 2026

Taklimat Promosi Pemasaran Tahun 2026 dan Perkhidmatan Kaunter Bergerak (TH Bergerak) anjuran Cawangan Lembaga Tabung Haji Port Dickson telah diadakan pada 27 Februari 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Program ini bertujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan Tabung Haji kepada warga AIMM serta memberi kemudahan urus niaga secara terus melalui perkhidmatan kaunter bergerak (TH Bergerak).
Antara perkhidmatan yang ditawarkan sepanjang sesi taklimat adalah seperti berikut:
i) Pembukaan akaun Tabung Haji dengan deposit minimum serendah RM10.00 bagi dewasa dan kanak-kanak.
ii) Pendaftaran aplikasi THiJARI secara percuma.
iii) Pendaftaran Skim Khairat dengan caruman serendah RM28.00 setahun (manfaat kepada waris sehingga RM12,000.00).
iv) Simpanan tunai serta pendaftaran potongan gaji bulanan melalui kemudahan Direct Debit.
Sesi taklimat telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Warga Akademi Imigresen Malaysia.