Taklimat Kursus Pensijilan Profesional Sistem Biometrik dan Operasi-13 Ogos 2026
Sesi Taklimat Kursus Pensijilan Profesional Sistem Biometrik dan Operasi (ABIS) telah berlangsung pada 13 Ogos 2026, bertempat di Pusat Forensik Imigresen, Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal berkaitan program pensijilan profesional serta membincangkan potensi pelaksanaannya dalam menyokong pembangunan kapasiti, peningkatan kompetensi dan perancangan sumber manusia Pasukan Forensik Imigresen pada masa hadapan.
Sesi taklimat telah dihadiri oleh :
1. YBrs. Tuan Norazan bin Jenal (Pengarah AIMM)
2. Wakil daripada HeiTech Padu Berhad;
3. Wakil daripada Enforcement Leadership & Management University (ELMU);
4. Pegawai daripada Pusat Forensik Imigresen, AIMM
Semoga sesi taklimat ini menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuh kerjasama strategik serta meningkatkan kompetensi dan profesionalisme warga Pasukan Forensik Imigresen selaras dengan keperluan semasa dan cabaran penguatkuasaan pada masa hadapan.