AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/05/2026 11:46 pm

Pertandingan Sukan Dam Haji AIMM-2 April 2026

Mini Karnival Sukan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi permainan indoor, iaitu Pertandingan Dam Haji, telah diadakan pada 02 April 2026 (Khamis) bermula pukul 11.00 pagi hingga pertandingan selesai. Pertandingan tersebut berlangsung di Bilik Sidang Media, Bangunan Akademik, Akademi Imigresen Malaysia.
Sebanyak tiga (3) pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini, dengan barisan pemain yang terdiri daripada warga Akademi Imigresen Malaysia.
Mini Karnival Sukan ini merupakan anjuran Unit Sukan, Akademi Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kelab Rekreasi dan Kebajikan , Akademi Imigresen Malaysia (REKA).