AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

05/02/2026 1:22 pm

SOALAN LAZIM

Soalan Lazim berkenaan dengan AIMM

Apakah fungsi Akademi Imigresen Malaysia (AIMM)? 

AIMM berperanan dalam merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai program latihan pembangunan sumber manusia untuk pegawai-pegawai imigresen dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia. 

1. Adakah Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) ada menyediakan fasiliti untuk menjalankan kursus? Ya. AIMM merupakan sebuah pusat latihan pembangunan sumber manusia kepada warga Jabatan Imigresen Malaysia. Ia juga dibuka untuk digunakan oleh agensi kerajaan lain.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan fasiliti di AIMM? Permohonan boleh dibuat melalui e-mel kepada pengarahaimm@imi.gov.my. Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kekosongan semasa.

3. Apakah jenis fasiliti yang disediakan? Fasiliti yang disediakan ialah bilik penginapan dan dewan kuliah.

4. Adakah penyediaan fasiliti termasuk dengan pakej makan? Tidak.

5. Berapakah kadar yuran kursus yang dikenakan? Yuran kursus yang dikenakan adalah bergantung kepada tempoh hari berkursus.

6. Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat sebarang pertanyaan lanjut berkaitan tempahan fasiliti? Pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Projek dan Domestik di talian: 06-6546339.