Sesi Penyerahan Buku Jadual Pasang Surut Malaysia 2026-26 Ogos 2026
Sesi Penyerahan Buku berjudul Jadual Pasang Surut Malaysia 2026 (Tide Tables) Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 (Rabu).
Penyerahan buku tersebut telah disempurnakan oleh wakil daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Semoga penyerahan bahan rujukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya serta memperkukuh kerjasama strategik antara Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).