AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:08 am

Sesi Kunjungan Hormat Jabatan Laut Malaysia ke Akademi Imigresen Malaysia-14 Julai 2026

Sesi Kunjungan Hormat Jabatan Laut Malaysia ke Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah berlangsung pada 13 Julai 2026 (Isnin), jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Akademi Imigresen Malaysia.
Delegasi Jabatan Laut Malaysia telah disambut mesra oleh YBrs. Puan Nur Fadhilah binti Idris, Timbalan Pengarah Akademi Imigresen Malaysia. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Harun bin Hashim, Ketua Bahagian Latihan Akademi Imigresen Malaysia, serta pegawai-pegawai daripada Pusat Pengajian Pengurusan dan Kepimpinan, Akademi Imigresen Malaysia.
Antara pengisian utama sesi ini ialah perbincangan dan perkongsian ilmu berkaitan pelaksanaan Program Transformasi Minda (PTM), yang memberi tumpuan kepada amalan terbaik, pendekatan pelaksanaan serta pengalaman kedua-dua agensi dalam pembangunan kompetensi latihan jabatan.
Kunjungan ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan kerjasama strategik serta membuka ruang kepada jalinan kolaborasi yang lebih erat antara Akademi Imigresen Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia, khususnya dalam bidang latihan, pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran.