AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 9:38 am

Sesi "Clock out" KTPP Tuan Roslan bin Mat Sahad-2 Mac 2026

“Selamat Keluar Baris KTPP Roslan bin Mat Sahad”
Sesi “Clock Out” bagi KTPP Roslan bin Mat Sahad, Pegawai Kanan Pusat Forensik Imigresen, Akademi Imigresen Malaysia telah diadakan pada 02 Mac 2026. Majlis tersebut turut dihadiri oleh warga Akademi Imigresen Malaysia yang bersama-sama meraikan hari terakhir Tuan Roslan berkhidmat di AIMM.
Untuk makluman, Tuan Roslan akan mula bercuti rehat pada 03 Mac 2026, menunaikan fardhu haji dan akan bersara wajib mulai 04 Ogos 2026.
Pihak Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga Akademi Imigresen Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang 11 tahun perkhidmatan beliau di Akademi Imigresen Malaysia.
Selamat bersara, Tuan Roslan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan sentiasa dikenang. Seluruh warga Akademi Imigresen Malaysia mendoakan agar Tuan Roslan dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. Aamin.