AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

07/08/2026 3:08 am

Program Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2026-16 Julai 2026

Unit Perpustakaan Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2026 pada 16 Julai 2026 (Khamis), dari 10.00 pagi hingga 10.10 pagi, sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif tahunan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam membudayakan amalan membaca sebagai gaya hidup serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat. Tema Program Jom Baca Bersama 10 Minit bagi tahun ini ialah “Membaca Membina Bangsa.”
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Norazan bin Jenal, Pengarah Akademi Imigresen Malaysia, yang turut meluangkan masa bersama warga AIMM menyertai sesi bacaan selama 10 minit.
Sepanjang program berlangsung, seluruh warga AIMM bersama-sama meluangkan masa membaca bahan bacaan pilihan masing-masing sebagai simbolik komitmen dalam menyokong pembudayaan ilmu dan amalan membaca secara berterusan.
Semoga program ini terus menjadi pemangkin dalam melahirkan warga kerja yang berilmu, berpengetahuan dan berdaya saing, di samping menjadikan amalan membaca sebagai budaya yang berterusan ke arah meningkatkan kompetensi, profesionalisme serta kecemerlangan organisasi.