Program Gotong Royong Persediaan Tempat bagi Program PTM, Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026-31 Julai 2026
Program gotong-royong bagi persediaan tempat dan fasiliti sempena Sesi Pendaftaran Program Transformasi Minda (PTM) serta Kursus Sijil Asas dan Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 31 Julai 2026 (Jumaat) bermula pada pukul 9.30 pagi hingga selesai.
Program ini melibatkan kerja-kerja penyediaan dan penyusunan tempat pendaftaran, dan pemeriksaan fasiliti sekitar Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bagi memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan kemas, selesa dan kondusif untuk menyambut kehadiran para kadet.
Akademi Imigresen Malaysia (AIMM) bakal menerima seramai 27 orang kadet, terdiri daripada Kadet Pegawai Imigresen Gred KP1 dan Kadet Penolong Penguasa Imigresen Gred KP5, yang dijadualkan mendaftar pada 3 Ogos 2026 bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) dan Kursus Sijil Asas serta Sijil Tinggi Keimigresenan Siri 2 Tahun 2026.