AKADEMI IMIGRESEN MALAYSIA

Jabatan Imigresen Malaysia

23/03/2026 9:41 am

Program Gotong-Royong Persediaan Tempat dan Fasiliti Bagi Program Transformasi Minda, Kursus Sijil Asas dan Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026-13 Februari 2026

Program gotong-royong bagi persediaan tempat dan fasiliti sempena Sesi Pendaftaran Program Transformasi Minda (PTM) dan Kursus Sijil Asas dan Tinggi Keimigresenan Siri 1 Tahun 2026 telah dilaksanakan pada 13 Februari 2026 (Jumaat), bermula jam 11.00 pagi.
Program ini telah dijalankan di sekitar kawasan Akademi Imigresen Malaysia, sebagai langkah persediaan rapi bagi memastikan semua kemudahan dan lokasi pendaftaran berada dalam keadaan teratur, bersih serta kondusif sebelum menyambut kehadiran para kadet pada 23 Februari 2026.