Pengenalan AIMM
Akademi Imigresen Malaysia atau lebih dikenali dengan AIMM ditubuhkan pada 15 Ogos 2001. Majlis menandatangani penyerahan Hotel Nuri dan aset-asetnya telah dengan rasminya diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia pada 15 Ogos 2001 di Dewan Besar AIMM.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Jamal bin Kamdi, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia telah menandatangani dokumen penyerahan dengan disaksikan oleh Y.Brs. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Tuan Haji Tasnim bin Othman, sementara di pihak Syarikat Orchad Legacy Sdn. Bhd. Y.Bhg. Dato’ Haji Abdul Kayoom Mustakim selaku Pengerusi Syarikat telah menandatangani bagi pihak syarikatnya. Turut hadir bersama adalah Pengarah-Pengarah Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia seramai 200 orang.
Dengan termeterainya perjanjian penyerahan aset pada tarikh berkenaan, maka dengan rasminya AIMM ditubuhkan dengan memiliki aset bernilai RM38 Juta. Bagi menjayakan penubuhan dan operasi awal AIMM, satu Jawatankuasa Penyelarasan Penubuhan AIMM yang diketuai oleh Penolong Pengarah Imigresen iaitu Encik Wan Zakaria Wan Awang dan dibantu oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan, Tuan Hj. Sharir bin Othman.
AIMM mula beroperasi pada Julai 2002 dengan mempunyai seramai 4 orang kakitangan permulaan yang dihantar oleh Ibu Pejabat Imigresen Malaysia sebagai fasilitator. Kursus-kursus adalah dirancang dari Bahagian Latihan telah membantu sepenuhnya di dalam pengendalian kursus-kursus tersebut. Sejajar dengan objektif AIMM, untuk melaksanakan latihan keimigresenan dan pembangunan modal insan bagi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan imej di kalangan warga Imigresen agar mampu menjalankan tugas dengan berkesan dan efisien.
Visi AIMM
-
Visi
Akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Misi AIMM
-
Misi
Membangunkan modal insan kompeten dan berintegriti melalui Latihan Keimigresenan Berkualiti.
Objektif AIMM
-
Objektif
Melaksanakan latihan keimigresenan dan pembangunan modal insan bagi mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan imej di kalangan warga Imigresen agar mampu menjalankan tugas dengan berkesan dan efisyen.
Fungsi AIMM
-
Fungsi
Merancang, menyelaras, melaksanakan dan menilai program latihan pembangunan sumber manusia untuk pegawai-pegawai imigresen dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia.